Fakta varian NeoCov yang perlu anda tahu
Fakta varian NeoCov yang perlu anda tahu
Beberapa dakwaan mula lahir di media sosial mengenai satu varian baharu wabak COVID-19 yang dinamakan NeoCov. Varian yang dikatakan sangat menular dan boleh membawa maut ini terungkap melalui satu laporan kajian yang diterbitkan oleh penyelidik China dalam jurnal BioRxiv awal minggu ini. Namun kajian ini belum ditinjau oleh rakan sejawat dan belum melalui proses kajian semula.
Menurut laporan Fack Check – Reuters, NeoCoV adalah coronavirus yang menjangkiti spesies kelawar tertentu dan dianggap sebagai relatif paling dekat dengan coronavirus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV), telah dikaji oleh saintis selama lebih sedekad. Setakat ini tiada bukti bahawa NeoCov – yang ditemukan pada kelawar Afrika Selatan – mempunyai kemampuan menular dari kelawar kepada manusia.
Menurut CNBC, virus ini bukanlah benda yang baharu. Ia sudah ditemui di 27 negara sejak 2012 lagi. Virus ini bersifat zoonotik, bermakna ia berjangkit antara haiwan dan manusia dan boleh berjangkit melalui sentuhan langsung atau tidak langsung dengan haiwan.
Kebanyakan dakwaan yang tular di media sosial dikatakan telah mengambil kajian tersebut diluar konteks. Salah seorang pengguna di Twitter menulis, “1 dalam 3 [orang] mati; Para saintis dari Wuhan China telah memberi amaran tentang jenis baharu coronavirus #NeoCov di Afrika Selatan dengan kadar kematian dan penularan yang tinggi.”
Contoh lain dakwaan yang mengambil kajian tersebut di luar konteks boleh dilihat di sini:
Memetik laporan berita antarabangsa, difahamkan bahawa Mers-CoV telah dikenal pasti di beberapa negara di Timur Tengah, Afrika dan Asia Selatan. Secara keseluruhan, wabak ini telah menyebabkan 858 kematian yang diketahui akibat jangkitan dan komplikasi.
Sementara itu, dari segi penularan, tiada bukti setakat ini yang mengatakan virus itu merebak dengan sangat cepat dan besar-besaran. Penyelidik mengatakan bahawa kajian mengenai NeoCov masih perlu dijalankan.
“Kita perlu melihat lebih banyak data yang mengesahkan jangkitan pada manusia dan keterukan yang berkaitan sebelum menjadi cemas,” Profesor Lawrence Young, ahli virologi di Universiti Warwick, memberitahu The Independent. Vc
Fakta varian NeoCov yang perlu anda tahu
Baca Artikel Menarik:
- Nazir bidas Wan Saiful, nyatakan sokong atau tidak
- Suami isteri ditangkap basah
- Muhyiddin yakin PAS tunduk setia guna lambang PN
- TMJ boleh dikenakan tindakan kritik FAM
- Najib jawab Muhyiddin, tak payah putar belit
- Zuraida disingkir dari kumpulan WhatsApp MPT Bersatu
- Gabungan baharu di Johor?
- Rasa bersalah yang amat, akak minta maaf – Ellie Suriaty
- Mia Sara kesal dan mohon maaf
- ‘Wanita’ bersuara jantan rakam video berlatar masjid dikecam netizen
- Isu keluarga, gaduh bukan, berebut pelanggan selebriti – pengusaha gerai pasembor
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali
Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]