DAP calonkan Sheikh Omar di DUN Paloh, adakah pengundi Melayu akan makan umpan?
Pakatan Harapan (PH) mengambil langkah berani mengumumkan calon-calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lebih awal dan secara berperingkat berbanding parti-parti lain, dimulai dengan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh pada Jumaat.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, inisiatif mengumumkan calon PH bagi DUN Paloh iaitu penyandang kerusi itu, Sheikh Umar Ali Bagharib juga merupakan salah satu strategi PH bagi mengukuhkan koalisi itu di kerusi berkenaan.
Ujarnya, selepas DUN Paloh, PH juga akan membuat pengumuman calon-calon lain secara berperingkat di setiap kawasan Parlimen, diikuti Parlimen Kluang pada Sabtu dan Parlimen Batu Pahat pada hari berikutnya.
“Selepas DUN Paloh, kita akan membuat pengumuman calon PRN Johor secara berperingkat.
“Esok kita akan umum lagi dua calon (PH) di Kluang. Selepas Kluang, kita akan umum pula di (Parlimen) Batu Pahat,” katanya dalam sidang media selepas majlis pengumuman calon PH dan DAP bagi DUN Paloh pada Jumaat.
Turut hadir Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong; Timbalan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching dan Sheikh Umar sendiri selaku Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Johor.
Mengulas lanjut, Guan Eng menegaskan langkah PH dan DAP mengumumkan Sheikh Umar sebagai calon koalisi itu lebih awal juga sebagai isyarat pihaknya sudah sedia untuk menghadapi PRN Johor.
Dengan reputasi Sheikh Umar selaku calon PH yang menang kerusi DUN Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Ahli Parlimen Bagan itu mengakui pengumuman awal calon PH bukan sahaja sebagai isyarat koalisi itu mahu mengekalkan kerusi DUN Paloh, bahkan yakin mampu mengambil alih semula kerajaan negeri Johor dari tangan Barisan Nasional (BN).
“Saya jalankan tugas mengumumkan calon PH untuk DUN Paloh iaitu Sheikh Umar atas kapasiti beliau merupakan calon yang telah menang PRU14 dan kembali semula mempertahankan kerusi berkenaan.
“Langkah mengumumkan pencalonan beliau lebih awal bukan sahaja bertujuan untuk mengekalkan kemenangan PH, tetapi sebagai isyarat keyakinan kami untuk mengambil alih semula kerajaan negeri Johor, sekali gus membolehkan Sheikh Umar kembali menjadi Exco.
“Selain pengumuman calon lebih awal, kita juga akan berusaha mengumumkan manifesto pilihan raya lebih awal supaya PH mempunyai peluang lebih baik dalam menambat hati rakyat Johor,” katanya.
Sementara itu, Sheikh Umar dalam ucapannya mengakui memiliki perasaan bercampur-baur setelah diumumkan sebagai calon terawal pada PRN Johor oleh PH dan DAP.
Mengakui usaha mempertahankan kerusi DUN Paloh bukan satu perkara mudah, Sheikh Umar yang juga Ketua Penerangan PH Johor itu yakin mampu mengekalkan kemenangan beliau pada PRN Johor berbekalkan semangat dan sokongan diberikan warga DUN berkenaan.
“Saya akan lakukan yang terbaik. Saya tahu pencalonan ini berlaku dalam tempoh masa agak mencabar pada saat UMNO bersungguh-sungguh untuk adakan PRN kerana percaya ramai pengundi muda tidak dapat pulang mengundi kelak.
“Tetapi saya yakin dengan gerak kerja lebih tiga tahun diusahakan saya di DUN ini, saya merayu sokongan kepada semua warga Paloh untuk terus menyokong PH.
“Kita mahukan Johor lebih baik, kedudukan ekonomi dan gaji lebih baik. Justeru bila ada peluang pekerjaan lebih baik di Johor, maka kita boleh pastikan anak Malaysia yang berkelana bekerja di luar negara dapat kembali pulang menabur bakti di negeri sendiri,” katanya.
PEGIKTIRAFAN ORANG MUDA
Dalam pada itu, Ketua Pemuda DAPSY Pusat, Howard Lee sewaktu dihubungi berbangga kerana calon PRN Johor paling awal diumumkan PH dan DAP adalah merupakan salah seorang ketua pemuda DAPSY negeri.
Jelas beliau, pemilihan Sheikh Umar juga merupakan satu pengiktirafan kepada sayap pemuda DAP, sekali gus membuktikan Pemuda DAPSY mempunyai ramai pemimpin berwibawa dan berpotensi untuk diketengahkan di peringkat negeri dan nasional.
“Saya fikir langkah pencalonan Sheikh Umar merupakan strategi ampuh daripada PH Johor untuk menunjukkan kesungguhan dan komitmen kami kepada rakyat Johor bahawa kami serius mahu memenangi PRN Johor,” katanya kepada Sinar Premium.
Pada PRU14, Sheikh Umar berjaya memenangi kerusi DUN Paloh buat julung kali dengan memperoleh majoriti 783 undi, sekali gus mengalahkan calon BN, Teoh Yap Kun dan calon Bebas, M Shamugam.
Kemenangan tersebut merupakan kemenangan sulung parti pembangkang sejak kerusi DUN Paloh diwujudkan selain menyumbang kepada kejayaan PH untuk membentuk kerajaan negeri Johor selepas itu.
Berikutan itu, Sheikh Umar kemudiannya dilantik sebagai Exco Keusahawanan, Ekonomi Kreatif, Penerangan, Belia dan Sukan Johor sebelum kerajaan PH Johor kemudiannya digantikan dengan kerajaan BN dan Perikatan Nasional (PN) pada tahun 2020.
DAP calonkan Sheikh Omar di DUN Paloh, adakah pengundi Melayu akan makan umpan?
Baca Artikel Menarik:
- Nazir bidas Wan Saiful, nyatakan sokong atau tidak
- Suami isteri ditangkap basah
- Muhyiddin yakin PAS tunduk setia guna lambang PN
- TMJ boleh dikenakan tindakan kritik FAM
- Najib jawab Muhyiddin, tak payah putar belit
- Zuraida disingkir dari kumpulan WhatsApp MPT Bersatu
- Gabungan baharu di Johor?
- Rasa bersalah yang amat, akak minta maaf – Ellie Suriaty
- Mia Sara kesal dan mohon maaf
- ‘Wanita’ bersuara jantan rakam video berlatar masjid dikecam netizen
- Isu keluarga, gaduh bukan, berebut pelanggan selebriti – pengusaha gerai pasembor
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali
Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]