Penjual bakso pura-pura jatuh, taktik penipuan raih duit
Penjual bakso pura-pura jatuh, taktik penipuan raih duit
SEORANG penjual bakso di Indonesia berpura-pura jatuh motor ketika sedang berniaga di simpang jalan.
Kejadian tersebut berjaya dirakam menggunakan sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dan video tersebut telah tular selepas dimuat naik ke akaun Instagram @memomedsos.
Berdasarkan video tersebut, penjual bakso itu yang berniaga menggunakan motosikal sedang melalui simpang jalan dan kemudiannya dia memerhati sekelliling sebelum berpura-pura jatuh bersama barang perniagaan di atas jalan.
Apabila jatuh, lelaki yang memakai jaket coklat itu dilihat mengubah kedudukan baldi hitam yang turut jatuh.
Kemudiannya dilihat orang ramai membantu lelaki itu yang tiba-tiba pengsan dan tidak sedarkan diri.
Melihat diruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki itu.
“Dia harap tular dan dapat banyak derma, tapi memalukan dilihat seluruh Indonesia,” tulis seorang netizen.
Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Polis Salatiga, AKP Hari Slamet berkata perbuatan penjual bakso itu belum disahkan sebagai penipuan kerana tiada laporan daripada orang awam mengenai kes penipuan seperti itu.
Bagaimanapun, Hari mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya tetapi tetap mengekalkan budaya tolong-menolong. SM
Penjual bakso pura-pura jatuh, taktik penipuan raih duit
Baca Artikel Menarik:
- “Saya dengar ‘mati mati mati’ dari mesin”
- Khairy saman Abu Syafiq, Lokman Adam
- Segalanya Ada Di Negeri Melaka Untuk Percutian Terbaik, Jom Kesana….
- 12 pelarian mati beku di sempadan Turki-Greece
- Moratorium dah tamat, ramai pemandu belum perbaharui lesen
- Pemimpin Pas Keliru Dan Bercelaru – Isham Jalil
- Pemuda UMNO gesa Zafrul tarik balik penguatkuasaan caj RM1 melalui ATM MEPS
- Jika mahu royalti minyak, tewaskan PAS pada PRU15 – Zaid
- PAS-Umno-Bersatu: Siapa tikam siapa?
- Zuraida macam tidak wujud dalam Bersatu
- Rider tercampak dilanggar lari (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang