Demi amalan sihir, sanggup kerat mayat budak albino

Demi amalan sihir, sanggup kerat mayat budak albino

Nairobi: Mayat seorang kanak-kanak lelaki albino berusia empat tahun yang dikerat ditemukan semalam di Burundi, beberapa hari selepas dia dilaporkan hilang, kata persatuan albino tempatan dan seorang pegawai kerajaan.

Bahagian anggota badan individu albino mendapat permintaan tinggi di beberapa bahagian Afrika, untuk amalan sihir kerana dipercayai membawa tuah dan kekayaan.

Tiga orang dipercayai memandu menaiki kereta dan melarikan kanak-kanak lelaki itu dari jalanan, pada Sabtu, ketika dia bermain dengan kanak-kanak lain di pinggir bandar terbesar Burundi, Bujumbura, kata persatuan tempatan, Albino Tanpa Sempadan (ASF).

Penculik itu melarikan kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Abdul, kira-kira 230 kilometer ke wilayah Cankuzo di mana mangsa dibunuh dan dikerat, kata ASF dan seorang pegawai pentadbiran tempatan.

“Abdul dibunuh, kemudian tangan dan kakinya dipotong sebelum mengeluarkan tulang dan berkongsi anggota itu. Mayatnya dibuang ke dalam hutan,” kata pegawai itu, yang enggan namanya disiarkan.

“Seorang kanak-kanak yang menggembala lembu melihat mayat mangsa dan ia membawa kepada penahanan dua daripada tiga tertuduh. Mereka ditangkap kerana memiliki tulang,” tambahnya.

Jenayah itu yang pertama seumpamanya dalam dua tahun di Burundi, kata jurucakap ASF Chadrack Nahumuremyi kepada AFP.

Lebih 20 individu albino dibunuh di Burundi sejak 2008.

Nahumuremyi berkata, pihak berkuasa harus mengenakan hukuman lebih berat bagi jenayah sebegitu, merujuk kepada Tanzania di mana hukuman mati dijatuhkan bagi pembunuhan individu albino.

“Kami meminta perlindungan lebih kukuh untuk individu albino di negara ini, kerana mereka dan keluarga mereka, ketakutan dan tidak berani meninggalkan rumah,” katanya.

Beliau berkata kesedaran lebih tinggi diperlukan supaya masyarakat umum memahami individu albino adalah manusia seperti mereka, yang mesti dihormati seperti orang lain.”

Sesetengah pakar percaya permintaan untuk bahagian badan albino di Tanzania di mana serangan sedemikian adalah paling berleluasa mendorong pembunuhan sedemikian di kawasan sempadan.

Albinisme ialah keadaan genetik yang mengakibatkan sedikit atau tiada pengeluaran pigmen melanin, yang menentukan warna kulit, rambut dan mata.
HM

Demi amalan sihir, sanggup kerat mayat budak albino


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker