Coca-Cola, PepsiCo. sumbang bahan plastik tertinggi dunia
Coca-Cola, PepsiCo. sumbang bahan plastik tertinggi dunia
MANILA – Syarikat Coca-Cola dan PepsiCo. telah disenaraikan sebagai penyumbang bahan plastik tertinggi di dunia dalam tempoh empat tahun berturut-turut, lapor laman berita Wion News semalam.
Kedudukan tersebut dikeluarkan oleh Break Free From Plastic yang merupakan sebuah badan penggerak global yang menuntut pengurangan besar-besaran dalam penggunaan plastik pakai buang serta mendesak penyelesaian jangka panjang kepada krisis pencemaran plastik.
Unilever, Nestle, Procter and Gamble, Mondelez International, Philip Morris International, Danone, Mars dan Colgate-Palmolive merupakan beberapa jenama lain yang disenaraikan menjadi pencemar teratas pada tahun 2021.
Pengeluaran plastik global dilaporkan meningkat daripada 20 juta tan metrik pada 1966 kepada 381 juta tan metrik pada 2015, peningkatan 20 kali ganda dalam tempoh setengah abad, demikian menurut laporan tersebut.
“Sesetengah syarikat telah memberi tumpuan kepada projek-projek kitar semula tetapi itu tidak cukup baik. Kita perlu kurangkan pergantungan terhadap pembungkus pakai buang dan kami mahu melihat mereka bertindak untuk mengurangkannya,’’ jelas penasihat dasar kanan di Tearfund, Joanne Green.
“Kami mahu mereka untuk kumpulkan barangan yang mereka jual. Coca-Cola sudah pun melakukannya di peringkat global tetapi kami mahu mereka melakukannya bagi setiap negara,’’ tambahnya.
Menurut Bank Dunia, kira-kira 93 peratus sisa di negara berpendapatan rendah telah dibakar di jalan raya, tanah lapang atau laluan air mengalir yang dilihat menghalang aliran longkang, menyebabkan banjir dan memburukkan lagi penularan penyakit bawaan air. K Online
Coca-Cola, PepsiCo. sumbang bahan plastik tertinggi dunia
Baca Artikel Menarik:
- Fatin penyelam komersial yang ‘rare’, pendapatan lumayan
- Bapa bonceng jenazah anak 70 KM, tak mampu bayar ambulans
- Perogol tertangkap selepas pesan kebab
- Tiada istilah payung emas, ia hadis palsu
- Anak Shuib jawab mengenai ibu tiri
- Fakta Perceraian Siti Saleha dan Ahmad Lutfi
- Lelaki ditahan rogol adik kandung
- Digelar itik patah kaki? PAS boleh ‘pergi lebih jauh’ – Azan
- Bagaimana TMJ boleh tahu cerita dalam kelambu?
- Sekolah Cina tolak 1,208 guru BM KPM, diganti calon ‘walk in’?
- Ini sebab mengapa Anwar elak menggunakan logo PH dalam PRN Johor
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bila kita tekan butang, dia marah
You must be logged in to post a comment.