Konate wira tak didendang

Konate wira tak didendang

Konate wira tak didendang

Dia boleh sahaja memilih untuk terus bersama keluarga selepas kelab memberinya cuti ihsan susulan kematian mengejut bapanya akibat serangan jantung, minggu lalu.

Namun Ibrahima Konate menunjukkan tauladan dan tahap profesionalisme terpuji. Dia yang menyedari kepincangan di bahagian pertahanan Liverpol selepas kecederaan Joe Gomez, Jeremie Frimpong dan Conor Bradley, sanggup mengorbankan cutinya untuk bersama rakan sepasukan menentang Newcastle di Anfield, semalam.

Konate wira tak didendang
KONATE meraikan jaringannya bersama Virgil van Dijk. FOTO Reuters

Kesedihan akibat kehilangan bapa tercinta jelas tidak menjejaskan prestasinya yang cemerlang mengawal benteng dan lebih mengujakan dia turut menjaringkan gol keempat dalm perlawanan berkesudahaan The Reds menang bergaya 4-1.

Kepuasan jelas tergambar di wajah Konate sekali gus menepis kritikan sepanjang musim ini oleh penyokong yang tidak puas hati dengan prestasinya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perpaduan Adalah Kekuatan, Bukan Perpecahan


Persembahan cemerlangnya ketika mengekang asakan Newcastle mendapat pujian Pengurus Liverpool Arne Slot. Menurutnya: “Hari ini, bukan sahaja dia menjaringkan gol, tetapi dia bermain sangat baik. Peminat sangat menghargainya sepanjang perlawanan dan lebih-lebih lagi apabila dia menjaringkan gol.”

Konate sememangnya layak menerima pujian itu tetapi mungkin ia belum mampu menjamin masa depannya dalam pasukan Liverpool.

Kontrak pertahanan Perancis itu bakal tamat pada musim panas ini dan dia masih belum menandatangani perjanjian baharu. Konate bebas meninggalkan kelab secara percuma sekiranya mahu, tetapi Liverpool sudah pasti tidak mahu perkara itu berlaku apatah lagi selepas tampil cemerlang ketika berdepan Newcstle.

Konate wira tak didendang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker