Yaya sudah bergelar ibu

Yaya dan Muhammad Azri memangku bayi mereka, Muhammad Ayden Adrian dengan penuh kasih sayang di Kampung Pengkalan Ajal, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Wanita kerdil memiliki ketinggian 118 sentimeter yang perkahwinannya bersama lelaki normal tular di media sosial pada April tahun lalu kini sudah bergelar ibu.

Syakila Norazma Amira Zuharsema, 28, yang cuma berketinggian 118 sentimeter (sm) selamat melahirkan bayi lelaki pada Jumaat lalu.

Dia yang mesra dipanggil Yaya berkata, bayi lelaki seberat 2.35 kilogram(kg) tersebut dilahirkan secara pembedahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada pukul 1.47 tengah hari.

“Alhamdulillah bayi kami dilahirkan normal. Sepatutnya saya dijangka bersalin pada 25 Februari depan.

“Begitupun, pakar perubatan menasihatkan kelahiran dilakukan secara pembedahan sebulan lebih awal daripada jangkaan demi keselamatan saya dan bayi,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Pengkalan Ajal di sini hari ini.

Yaya yang sedang berpantang berkata, dia dimaklumkan risiko kelahiran meningkat kerana fizikal kerdilnya dikhuatiri tidak mampu menampung kandungannya yang semakin membesar.

Dia dan suami, Muhammad Azri Zaidi, 20, bersyukur proses kelahiran secara pembedahan terbabit berjalan lancar.

“Kami sepakat menamakan cahaya mata pertama ini, Muhammad Ayden Adrian. Ia lambang percintaan sejati saya dan suami.

“Sejujurnya saya sangat bersyukur dengan susunan rezeki yang ditakdirkan Allah kepada saya. Disebabkan keadaan fizikal, dulu saya tidak pernah terfikir bertemu jodoh apatah lagi bergelar ibu,” katanya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker