BRO hargai komitmen kerajaan tangani isu kenaikan harga barang

BRO hargai komitmen kerajaan tangani isu kenaikan harga barang

PERSATUAN Peruncit Bumiputera (BRO) menyambut baik keputusan Kerajaan melalui Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Khas Sara Hidup Negara (NACCOL) yang terus komited menyelesaikan isu bekalan dan pengeluaran makananan terutamanya bagi ayam dan telur ayam.

Presidennya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, BRO turut menzahirkan ucapan penghargaan di atas keputusan kerajaan yang membuka permit import ayam kepada semua pemegang permit kelulusan (AP) dan juga pembukaan AP kepada pengusaha-pengusaha pasar raya besar.

Katanya, kerajaan yang prihatin rakyat juga, telah menetapkan harga maksimum runcit bagi ayam standard juga dikurangkan sebanyak 20 sen yang menjadikan harga siling ayam pada RM8.90 (sekilo).

“Bagi memastikan penternak-penternak ayam tempatan kekal berdaya saing, BRO mengharapkan kerajaan akan terus memastikan langkah intervensi atau pemberian subsidi yang saksama kepada mereka dapat dimuktamadkan segera,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Ameer Ali, kesungguhan yang ditunjukkan oleh Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri ini jelas menyatakan keseriusan beliau menangani isu kenaikan harga barangan yang berlaku sedang di peringkat global.

“Pihak Persatuan menyatakan komitmen dan usaha bagi memastikan aspirasi kerajaan bagi memastikan kawalan harga barangan dapat dicapai.

“Justeru, rakyat dan peniaga akan dapat manfaat seiring dengan keputusan yang telah dibuat tersebut,” katanya yang juga Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, langkah intervensi kerajaan menetapkan harga runcit bagi ayam standard pada RM8.90 berkuat kuasa Sabtu ini hingga 5 Jun dapat menjamin kestabilan harga ayam dan harga makanan berkaitan.

Beliau berkata sekiranya kerajaan tidak melaksanakan langkah itu, harga runcit ayam di pasaran pada masa ini akan melebihi RM10 sekilogram susulan peningkatan kos penternakan ayam sebanyak 70 peratus.

Isnin lepas Perdana Menteri mengumumkan harga runcit maksimum bagi ayam standard dikurangkan sebanyak 20 sen kepada RM8.90 daripada harga siling RM9.10 yang ditetapkan, selepas mempengerusikan Mesyuarat NACCOL. Utv

BRO hargai komitmen kerajaan tangani isu kenaikan harga barang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker