Insiden Tanah Runtuh: MBSJ Pasang 336 Besi Cerucuk Stabilkan Pergerakan Tanah

Insiden Tanah Runtuh: MBSJ Pasang 336 Besi Cerucuk Stabilkan Pergerakan Tanah

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) selesai memasang 336 besi cerucuk di kawasan tanah mendap di Lestari Perdana, Bandar Putra Permai di Seri Kembangan sehingga Isnin.

Timbalan Datuk Bandar Subang Jaya, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, ia melibatkan pemasangan besi cerucuk setinggi 12 meter di sepanjang 135 meter kawasan tanah yang terjejas.



Dalam pada itu, beliau memaklumkan, peniaga yang terjejas di kawasan berkenaan akan dibenarkan menjalankan perniagaan semula apabila keadaan benar-benar selamat.

Menurutnya, pihak MBSJ akan mengadakan perbincangan dengan pihak polis sebelum sebarang kelulusan dapat diberikan kepada peniaga.

“Kita akan bincang dengan pihak polis dan mungkin selepas sambutan Tahun Baharu Cina kita akan timbang untuk mereka berniaga kalau keadaan stabil,” katanya.



Pada Sabtu, sistem pemasangan cerucuk mesra alam digunakan bagi kerja-kerja menanam cerucuk tanpa pencemaran bunyi dan gegaran sekali gus dapat mengurangkan risiko terhadap runtuhan.



MBSJ dalam kenyataan di laman Twitternya turut memaklumkan, langkah awal turut diambil dengan pemasangan ‘building settlement marker’ bagi memantau jika terdapat sebarang pergerakan.

Dalam pada itu, MBSJ kini sedang bekerjasama dengan beberapa agensi lain dalam membuat kajian bagi mengenal pasti punca sebenar runtuhan sebelum laporan lengkap dapat disiapkan dalam tempoh terdekat.

Pada Selasa, media melaporkan lima kenderaan yang diletakkan di tepi Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai di Seri Kembangan rosak selepas tanah mendap berlaku di kawasan berkenaan.-SH

Insiden Tanah Runtuh: MBSJ Pasang 336 Besi Cerucuk Stabilkan Pergerakan Tanah



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker