Doktor Saran Ambik Ubat Antikemurungan, Pelakon Janna Nick Terpaksa Perlahan Kerjaya Seni

Doktor Saran Ambik Ubat Antikemurungan, Pelakon Janna Nick Terpaksa Perlahan Kerjaya Seni

PENGAMBILAN ubat antikemurungan yang disarankan oleh doktor membuatkan pelakon Janna Nick kurang beremosi ketika melakonkan sesuatu watak.

Ingin memberi keutamaan kepada kesihatan mental yang dihidapi, Janna atau nama sebenar Nurul Jannah Muner membuat keputusan perlahankan kerjaya seninya tahun ini.



Bagaimanapun, pelakon dan pengacara berusia 27 tahun ini tetap akan aktif bekerja di belakang tabir.

“Saya pernah berkongsi mengenai ubat anti kemurungan yang buatkan saya kurang beremosi. Tapi saya berhenti ambil seketika sebab nak menjiwai watak untuk sesebuah naskah.



“Tugas sebagai pelakon memerlukan saya untuk mendalami watak yang diberikan sepenuh perasaan. Jadi, kalau saya ambil ubat itu, saya tak dapat berlakon dengan baik.

“Sebab itu juga, saya kini memilih untuk perlahankan kerjaya seni tapi bergerak aktif di belakang tabir,” kata Janna kepada mStar.

Janna kini lebih aktif menjadi pengarah selain mempunyai syarikat pengurusan artis di bawah jenamanya sendiri.

Pada April tahun lalu, pelakon drama Misteri Mona ini mendedahkan dia perlu berehat daripada media sosial berikutan masalah bipolar yang dihadapinya.



Gangguan mental yang dialami juga hampir meragut nyawa apabila pernah dua kali membuat percubaan membunuh diri pada usia 14 dan 15 tahun.

Dalam pada itu Janna menyedari masih terdapat segelintir pihak yang menjadikan penyakit mental sebagai bahan jenaka.

“Saya tahu ada pihak yang menganggap perkara ini sebagai bahan jenaka atau sekadar ‘content’, namun penyakit mental ini bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah.



“Hanya mereka yang mengalaminya saja tahu sama ada penyakit ini berbahaya atau tidak. Jadi, saya menyerahkan kepada mereka di luar sana untuk membuat penilaian tersendiri.

“Tahun ini saya memilih untuk mengutamakan kesihatan mental daripada melayan komen nakal netizen,” katanya-mSTAR

Doktor Saran Ambik Ubat Antikemurungan, Pelakon Janna Nick Terpaksa Perlahan Kerjaya Seni



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker