Tiada habuan kepada ADUN Bersatu sokong BN – Ahmad Maslan

Tiada habuan kepada ADUN Bersatu sokong BN – Ahmad Maslan

Umno tidak menawarkan sebarang habuan kepada dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu untuk keluar daripada parti berkenaan, kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Maslan.

Beliau berkata, kedua-dua mereka mengambil keputusan keluar Bersatu atas kerelaan sendiri tanpa dipaksa atau disuruh mana-mana pihak.

“Mereka membuat keputusan itu (keluar Bersatu) dengan sukarela dan suci hati tanpa kami janjikan apa-apa. Itu kehendak mereka yang mahu menyokong Menteri Besar Johor (Hasni Mohammad) dan Barisan Nasional (BN),” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Parti Makkal Sakti Malaysia di Hotel Granada, di Iskandar Puteri.

Sebelum ini, bekas ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang dan bekas ADUN Larkin, Mohd Izhar Ahmad, mengumumkan keluar Bersatu serta-merta pada Rabu dan Sabtu kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi parti itu, Muhyiddin Yassin.

Kedua-dua mereka yang masing-masing merupakan Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya serta Exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor turut memberitahu tidak meyakini halatuju parti berkenaan.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, Umno juga tidak menerima sebarang permohonan daripada kedua-dua ADUN berkenaan untuk menyertai Umno.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Pontian itu, berkata Umno tetap berterima kasih atas sokongan mereka terhadap BN dalam PRN Johor.

Malah, beliau tidak menolak kemungkinan ada ADUN Bersatu lain akan mengikut jejak langkah Mazlan dan Mohd Izhar dalam menyatakan sokongan terhadap BN menjelang pilihan raya negeri (PRN) Johor.

“Sama ada akan terdapat ADUN lain itu kita perlu tunggu dan lihat. Jadi untuk rakan-rakan di luar sana, jika ahli Bersatu yang merupakan antara individu terawal penubuhan parti pun keluar parti, jadi pandai-pandailah buat rumusan,” katanya. FMT

Tiada habuan kepada ADUN Bersatu sokong BN – Ahmad Maslan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker