Bekas ADUN Bersatu akui hanya BN mampu bawa kestabilan politik
Barisan Nasional (BN) disifatkan parti terbaik untuk menyelesaikan permasalahan dialami negara selepas beberapa tahun bergelut akibat ketidakstabilan politik.
Perkara itu dinyatakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Datuk Mohd Izhar Ahmad selepas mengumumkan pengunduran daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini, pada Sabtu.
Menurut Mohd Izhar, tiada satu pun parti yang mempunyai struktur organisasi utuh dan jangka hayat pentadbiran yang lebih lama daripada BN ketika mentabdir negara.
“Saya tiada dalam struktur organisasi mana-mana parti, jadi saya melihat secara jelas dari sudut keseluruhan organisasi, barisan kepimpinan dan jangka hayat sesuatu parti dalam pentadbiran yang mana saya rasa parti boleh membetulkan kerajaan sekarang hanyalah BN. Ikhlas saya cakap.
“Pada PRU14 saya menentang BN kerana terus terang saya katakan saya bukan berlatarbelakangkan politik, saya dari perbankan dan saya arif mengenai kewangan. Jadi saya dipanggil untuk turut serta (bertanding) pada PRU14 hanya dengan dasar untuk menyumbang kepada negara, selepas itu saya selesai.
“Tetapi sebenarnya, jauh dalam sudut hati saya, saya mahu melihat Melayu akan kembali bersama dan itu saya sedari satu parti yang boleh menyatukan Melayu semula, hanyalah BN,” katanya pada sidang media di Hotel DoubleTree By Hilton di sini pada Sabtu.
Mohd Izhar menjadi orang kedua selepas ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang mengumumkan meninggalkan parti dan jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Tebrau, pada Khamis.
Ditanya sama ada tindakan meninggalkan Bersatu dipengaruhi Mazlan, Mohd Izhar bagaimanapun menafikan perkara berkenaan.
Beliau berkata, tiada sebarang perbincangan pernah dibuat berhubung perkara itu tetapi tidak menolak antara penyebabnya juga kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Saya tidak pernah berbincang dengan sesiapa pun termasuk Mazlan, kami membuat atas kesedaran kami sendiri.
“Jika tanya berapa ramai lagi (ahli Bersatu) akan ikut keluar saya tidak tahu.
“Cuma apa boleh saya kata, saya percaya demi kestabilan politik dan kemajuan Johor, BN perlu diberi laluan untuk memerintah bagi memastikan usaha membantu rakyat bebas dari Covid-19 dan kemelut ekonomi dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya.
Bekas ADUN Bersatu akui hanya BN mampu bawa kestabilan politik
Baca Artikel Menarik:
- Bekas calon PRK Port Dickson didakwa bunuh suami
- Hadi ugut UMNO?
- Teong Kim balas TMJ – Apa kaitan gaji saya dengan prestasi Harimau Malaya?
- Hutang RM1 trilion: ‘Tahniah Guan Eng, abah kau, atuk’
- Mazlan bidas Muhyiddin, cermin diri dulu
- JAIS jawab isu lelaki mimpi peristiwa akhir zaman
- Jualan Akuarium Mangkuk Dihentikan Sebagai Punca Ikan Jadi Gila, Cepat Mati
- Pengguna cemas duit dalam bank ‘lesap’
- Biadap! Warga asing tunjuk kemaluan semasa beli barang diburu
- Meloyakan! Tikus bermain di atas pemotong ayam restoren [VIDEO]
- ‘Tangan ghaib’ cerita dongeng – Tunku Ismail
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”