Remaja mati dilanggar lari, CCTV tidak membantu siasatan

Kes penemuan mayat seorang remaja 19 tahun yang dikatakan mangsa langgar lari di Subang Jaya, Selangor masih tidak dapat dirungkai.

Ini susulan tiada kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu yang merakam peristiwa semasa kejadian.

“Setakat ini, tiada perkembangan terkini dan tiada saksi tampil membantu siasatan.

“Yang jelasnya, CCTV tidak membantu siasatan kerana tiada rakaman kejadian”, kata sumber polis kepada Malaysiakini semalam.

Polis tidak mendedahkan sumber rakaman CCTV yang diguna pakai itu.

Ketua Polis Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman pada 14 Januari berkata berdasarkan makluman, mayat mendiang terbaring di hadapan kedai dengan lengkap berpakaian pada jam kira-kira 11 malam.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa bernama Sam Hong Xuan Zhang itu luka di bahagian belakang kepala dan terdapat kesan geseran di belakang badan.

Bedah siasat oleh Hospital Shah Alam mendapati kematian berlaku akibat trauma tumpul di bahagian kepala yang konsisten dengan kemalangan jalan raya.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai langgar lari setelah mendapat laporan bahagian patologi Hospital Shah Alam.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker