SINOVAC Antara Vaksin Paling Selamat Untuk Golongan Pediatrik – Pharmaniaga

SINOVAC Antara Vaksin Paling Selamat Untuk Golongan Pediatrik – Pharmaniaga

Walaupun mempunyai risiko dijangkiti serta kesan jangkitan COVID-19 yang rendah berbanding golongan dewasa, golongan pediatrik perlu divaksin untuk mewujudkan perlindungan kelompok yang lebih teguh.

Jelas pakar vaksin merangkap Ketua Biologik Pharmaniaga Berhad, Dr Ajit Pal Singh, virus tersebut masih boleh membiak dan bermutasi dalam kalangan kelompok itu, dikhuatiri akan meningkatkan lagi kebolehjangkitan sekiranya perlindungan tidak diberi secara lebih meluas kepada kanak-kanak dan remaja.



“Seandainya semua golongan dewasa sudah divaksinasi pun, ketika ini di Malaysia sudah sekitar 90 peratus, virus itu akan tetap boleh berganda dalam kohort pediatrik dan menjadi reservoir untuk mereka.

“Apabila mereka (virus COVID-19) mempunyai peluang, mereka akan menjangkiti orang tua, mereka yang komorbid, mereka yang mempunyai sistem imun yang rendah termasuk kanak-kanak dan remaja.

“Jadi untuk menghentikan reservoir itu dan permutasian virus tersebut, kanak-kanak perlu divaksin.”

Kata Dr Ajit, ibu bapa tidak perlu risau akan kesan sampingan yang mungkin akan diterima anak-anak mereka kerana golongan ini secara amnya, hampir 80 peratus, menurut beliau, adalah asimptomatik atau kesan susulan yang sangat minimum.

Adapun yang akan mengalami kesan kritikal, katanya, hanya satu daripada 20,000 penerima vaksin daripada golongan 12 ke 17 tahun dilaporkan berlaku.

Pada masa sama, beliau menasihatkan supaya memilih vaksin sebaiknya, dalam erti kata mengimbangi antara keselamatan si penerima dengan perlindungan yang diperlukannya.



“Sinovac adalah sangat selamat untuk populasi pediatrik.

“China telah memvaksin lebih 250 juta kanak-kanak dan remajanya, dan kami melihat tiada kesan sampingan baharu dilaporkan atau yang lebih teruk dengan jenis vaksin ini.

“Anda tidak boleh memilih vaksin yang terlalu tinggi kadar imunogeniknya terhadap populasi yang mempunyai kesan ringan.”

Ketika ini, semua jenis vaksin telah diluluskan untuk diberi kepada golongan berusia 12 hingga 17 tahun sementara masih menunggu kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara untuk kebenaran memvaksin golongan 3 hingga 11 tahun.



Kohort pediatrik turut akan diberikan dua dos suntikan tetapi jumlahnya lebih sedikit dan untuk meningkatkan kekuatan perlindungan sepertimana yang diberi kepada golongan dewasa, kanak-kanak dan remaja juga mungkin akan disaran untuk mengambil dos penggalak.

Begitupun, perkara tersebut masih dalam kajian untuk menilai keperluannya-AA

SINOVAC Antara Vaksin Paling Selamat Untuk Golongan Pediatrik – Pharmaniaga

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker