Netizen ‘Kembang Tekak’ Lihat Penyediaan Makanan Restoran Ternama
Netizen ‘Kembang Tekak’ Lihat Penyediaan Makanan Restoran Ternama
Beberapa video memaparkan keadaan kebersihan penyediaan makanan didakwa di sebuah restoran ternama Kg Baru menjadi bualan netizen. Mana tidaknya, video tersebut menunjukkan penyediaan makanan tidak bersih dengan ayam diletakkan begitu sahaja di atas dapur dan melenyek kentang menggunakan botol serta lantai yang basah.
Video tersebut meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terkejut melihat kebersihan makanan di restoran tersebut. Malah, para netizen turut tidak sangka pekerja di restoran itu tidak menitik beratkan aspek kebersihan.
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen mengecam tindakan pekerja di restoran terbabit kerana sewajarnya menghidangkan makanan yang bersih kepada pelanggan dan bukan sebaliknya.
Tidak hanya itu, para netizen juga mahu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyiasat isu yang tular ini. Menerima kecaman ramai, pemilik video telah memadamkan video-video suasana tempat bekerjanya itu dan menjelaskan hal sebenar.
Menurutnya, video yang memaparkan tindakan memasukkan air ke dalam kuali berisi minyak itu hanyalah salah faham kerana ia video sebelum menukar minyak baharu.
Pemilik video itu juga meminta maaf kerana menimbulkan salah faham tetapi para netizen mengatakan bahawa bukan hanya isu air dicurah ke dalam minyak tetapi ayam yang diletakkan atas dapur begitu sahaja serta melenyek kentang dengan botol juga antara isu yang patut dijelaskan. Vc
Kepala otak dia letak ayam macamtu. pic.twitter.com/D1wV1Fhaer
— 10K (@antaintiom) January 25, 2022
Netizen ‘Kembang Tekak’ Lihat Penyediaan Makanan Restoran Ternama
Baca Artikel Menarik :
- Erra sedia terima bukan Melayu sebagai jodoh
- Zuhdi gesa segerakan PRU
- Pas usahlah berdolak-dalik, berterus teranglah…MN atau PN!
- Mokhtar Senik kembali dengan kecaman bertalu-talu kepada UMNO
- Lebih baik BN tanding PRN Johor secara solo – penganalisis
- Tak marahlah, Atu cuma bergurau jadi klon saya – Anuar Zain
- Afdlin bakal bertanding di Dun Johor?
- PRNJohor: PAS sedia bekerja dengan PH tapi bersyarat – Idris
- PRN Johor: Tewas 39 kerusi kepada Umno, apa logik PAS mahu tuntut lebih?
- PRNJohor: PAS tolak tawaran UMNO, mahu bersama PN
- Tanah mendap: 17 premis diarah henti sementara operasi [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)
Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun
You must be logged in to post a comment.