Mazlan Bujang keluar Bersatu, nyata sokongan kepada BN

Mazlan Bujang keluar Bersatu, nyata sokongan kepada BN

JOHOR BAHRU: Ketua Bahagian BERSATU Tebrau, Mazlan Bujang, hari ini, meletak jawatan ketua bahagian, sekali gus mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

Mazlan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa dan bekas Pengerusi BERSATU Johor, berkata beliau tidak menyertai mana-mana parti setakat ini.

Bagaimanapun, beliau menyatakan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya juga berpendirian untuk menyokong Datuk Hasni Mohammad untuk dilantik semula sebagai Menteri Besar Johor.

“Ia bagi mewujudkan kestabilan politik demi masa depan yang lebih baik untuk rakyat Johor,” katanya.

Turut sama meletakkan jawatan ialah Setiausaha PPBM Bahagian serta pegawai dan beberapa ahli jawatankuasa PPBM Tebrau.

Bagai retak menanti belah buat Bersatu Johor, Siapa lagi selepas ini? Nantikan episod selanjutnya.

Mazlan Bujang keluar Bersatu, nyata sokongan kepada BN


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS

Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker