UMNO Johor nafi tawar 4 kerusi untuk ditandingi PAS

UMNO Johor nafi tawar 4 kerusi untuk ditandingi PAS

UMNO Johor menafikan ada membuat tawaran kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tertentu untuk ditandingi PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, nanti.

Setiausahanya, Datuk Samsolbari Jamali, berkata desas-desus yang tersebar menyatakan PAS ada membuat tuntutan sejumlah kerusi bagi bertanding menerusi Muafakat Nasional (MN) adalah ‘cerita lama’.

“UMNO Johor tiada membuat sebarang tawaran baharu kepada PAS bagi bertanding PRN Johor menerusi MN. Desas-desus menyatakan UMNO menawarkan empat kerusi kepada PAS dengan parti itu sebaliknya menuntut sejumlah 20 kerusi, adalah cerita lama.

“Bagaimanapun, kepemimpinan tertinggi masih belum membuat keputusan sebarang kerjasama bersama parti atau gabungan lain termasuk dengan PAS, ketika lagi akar umbi mahu UMNO dan Barisan Nasional (BN) bergerak solo pada PRN Johor.

“Setakat ini juga tiada sebarang rundingan bersama PAS dilakukan walaupun ada dakwaan mengatakan sebaliknya,” katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, UMNO dan BN dilaporkan masih belum memuktamadkan sama ada akan bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi PRN Johor.

Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, dilaporkan berkata perkara itu masih diteliti.

“Kita kena melihat dan kaji dengan teliti (kerjasama dengan PAS). Ini kerana majoriti kepemimpinan di semua peringkat bahagian serta akar umbi, mahukan BN bergerak sendirian dalam PRN ini,” katanya.

Ahad lalu, PAS Johor dilaporkan berharap untuk mendapat tempat untuk bertanding dalam PRN menerusi kerusi MN.

Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Hussin, dilaporkan berkata perkara itu akan dibincangkan secara terperinci bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad, yang juga Menteri Besar, dalam masa terdekat.

Pada 18 Disember lalu pula, Hasni dilaporkan mempersoalkan kejujuran PAS dalam MN apabila menolak empat kerusi ditawarkan kepada mereka dengan mendakwa PAS lebih tertarik dengan tawaran 15 kerusi diberikan BERSATU. BH

UMNO Johor nafi tawar 4 kerusi untuk ditandingi PAS


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS

Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker