Majlis hari jadi ‘lockdown’ PM Britain kini disiasat polis

Majlis hari jadi ‘lockdown’ PM Britain kini disiasat polis

LONDON – Kertas siasatan polis akan dibuka bagi menyiasat kes melibatkan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson yang didakwa menganjurkan majlis hari lahir ketika negara itu sedang dalam perintah berkurung, lapor laman berita Euronews, kelmarin.

Polis berkata mereka kini akan menyiasat sama ada parti yang disambut ketika seluruh negara sedang berdepan kemelut Covid-19 tahun lalu, melanggar peraturan Covid-19.



Ia disahkan oleh Pesuruhjaya Polis Metropolitan (MET), Cressida Dick.

Sejak sambutan itu dibongkarkan sebuah media tempatan beberapa minggu lalu, Johnson berdepan tekanan hebat daripada parti lawan agar meletakkan jawatan.

Beliau sendiri sudah pun disiasat oleh penjawat awam kanan Sue Gray yang dijangka mengeluarkan laporan pada akhir bulan ini.

“Saya boleh mengesahkan bahawa MET kini menyiasat beberapa peristiwa yang berlaku di Downing Street dan Whitehall sejak dua tahun lepas berkaitan potensi pelanggaran peraturan Covid-19,” katanya kepada Jawatankuasa Polis dan Jenayah Perhimpunan London.



Bagaimanapun, iasatan itu tidak bermakna notis penalti tetap akan dikeluarkan bagi setiap kes dan kepada setiap orang yang terlibat.

Dick berkata pasukan itu cuba mengambil pendekatan sewajarnya terhadap dakwaan itu.

Keputusan untuk menyiasat dibuat selepas Pejabat Kabinet menggariskan panduan megenai isu tersebut hasil dalaman kepada polis.

“Polis Metropolitan menulis kepada Pejabat Kabinet pagi ini dengan permintaan rasmi untuk merujuk semua maklumat relevan yang dikumpul daripada siasatan dalamannya berhubung peristiwa pada tarikh berkenaan untuk menyokong siasatan polis,” kata polis dalam satu kenyataan.



Johnson telah membuat permohonan maaf secara terbuka pada 12 Januari lalu tetapi terus mempertahankan kehadirannya di majlis tersebut.

Beliau mendakwa tidak mengetahui majlis tersebut adalah sambutan hari jadi dan bukan acara rasmi meskipun jemputannya berbunyi ‘bawa alkohol anda sendiri’. K Online

Majlis hari jadi ‘lockdown’ PM Britain kini disiasat polis


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS



Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker