Gadis Ini Hilang Kawan Kerana Miliki Wajah Jelita Disebabkan Layanan Istimewa

Gadis Ini Hilang Kawan Kerana Miliki Wajah Jelita Disebabkan Layanan Istimewa

KECANTIKAN yang dimiliki gadis ini membolehkan dia mendapat layanan yang cukup baik daripada insan sekeliling.

Malah kata Lily Pitfield, 25, dari London, dia kadang-kala berasa kasihan akan kawan-kawan atas layanan ekstra yang diterimanya.

Jelasnya lagi, layanan tidak adil yang berterusan menyebabkan dia kehilangan beberapa orang kawan.

“Saya hilang beberapa orang kawan sebab mereka tak suka saya dapat perhatian, sedangkan bukan saya mahu benda itu berlaku.

“Mereka juga enggan ajak saya ke parti hari lahir kerana risau saya menjadi perhatian utama.

“Saya kesal dengan hal ini. Saya seorang yang baik, kelakar dan merendah diri. Saya tak mahu sekadar cantik di luar, saya mahu cantik dari dalam juga,” ujarnya.

Kata pembantu fesyen itu, ramai individu suka berdampingan dan membayar minumannya sejak dia berusia 18 tahun.

Paling mewah, dia turut dilayan bagaikan selebriti ketika bercuti sehingga dapat menaiki kapal layar secara percuma.

“Keluarga selalu cakap kepada saya bahawa tak semua orang dapat layanan begini.

“Ramai orang tak dikenali yang layan saya dengan baik, malah mereka beri apa yang saya mahu,” ujarnya lagi. – Daily Star.

Gadis Ini Hilang Kawan Kerana Miliki Wajah Jelita Disebabkan Layanan Istimewa

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker