‘Sama-sama doa Hasni, Abdullah jumpa titik persefahaman’ – Onn Hafiz



‘Sama-sama doa Hasni, Abdullah jumpa titik persefahaman’ – Onn Hafiz

Kepimpinan Umno di peringkat akar umbi masih berharap agar kerjasama Muafakat Nasional (MN) untuk menyatukan orang Melayu antara parti itu dan PAS dapat dilaksanakan.

Menerusi hantaran di Facebook, Naib Ketua Umno Bahagian Simpang Renggam, Onn Hafiz Ghazi berkata, beliau mengharapkan perbincangan antara pemimpin negeri bagi kedua-dua parti berkenaan berjalan lancar.

“Saya berdoa agar perbincangan antara Hasni Mohammad dan Abdullah Husin berjalan dengan baik dan lancar.

“Sama-samalah kita berdoa agar mereka dapat menemui titik pertemuan dan persefahaman yang akhirnya akan membuahkan hasil yang terbaik kepada rakyat Johor,” katanya dalam hantaran hari ini.




Media semalam melaporkan, PAS Johor akan berusaha untuk bertemu dengan pimpinan Umno negeri dalam masa terdekat bagi berbincang mengenai persefahaman dua parti itu dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Johor atas semangat MN.

Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin berkata, pihaknya telah meminta untuk bertemu dengan Pengerusi Umno negeri Hasni Mohammad semalam namun difahamkan beliau agak sibuk.

Sebelum itu, Hasni dilaporkan berkata, Barisan Nasional (BN) Johor bercadang untuk bertanding secara solo tanpa kerjasama parti lain di luar gabungan itu kerana yakin akan menang dua pertiga daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada PRN akan datang.

Bagaimanapun katanya, keputusan itu tertakluk kepada pucuk pimpinan tertinggi parti di peringkat pusat.

Pada 22 Jan, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menandatangani notis untuk membubarkan DUN selepas menerima menghadap Menteri Besar Hasni Mohammad sekali gus membuka jalan kepada pilihan raya diadakan sebelum 23 Mac. FMT




‘Sama-sama doa Hasni, Abdullah jumpa titik persefahaman’ – Onn Hafiz


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz

Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]



Leave a Reply

Your email address will not be published.