Lebih kelonggaran jika selesai dos penggalak – PM

Lebih kelonggaran jika selesai dos penggalak – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan sektor pelancongan akan mendapat lebih kelonggaran dari segi Prosedur Operasi Standard (SOP) sekiranya pengambilan vaksinasi dos penggalak selesai.

Perdana Menteri berkata, perkara itu bagaimanapun perlu mendapat pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu.

“Saya lihat sesetengah negara telah memberi kelonggaran SOP bagi pelancong yang datang ke negara mereka.

“Kalau lengkap dua dos dan dos penggalak, saya percaya kita boleh beri sedikit lagi kelonggaran,” katanya ketika berucap dalam Majlis Amanat Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Baca artikel berkaitan: Penjualan tiket VTL Malaysia-Singapura dibuka semula – Khairy

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kerajaan mengambil langkah berhati-hati untuk membuka sempadan negara memandangkan risiko kes Covid-19 yang agak tinggi di beberapa tempat.

Begitupun, katanya, kerajaan telah mengambil langkah untuk memulakan penjualan tiket bas dan penerbangan bagi inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura yang digantung sementara sejak 23 Disember lepas.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak akan melaksanakan satu lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh seperti yang didakwa segelintir pihak dalam media sosial.

“Tidak akan ada lagi sekatan dari daerah ke daerah mahupun negeri ke negeri,” katanya. Utv

Lebih kelonggaran jika selesai dos penggalak – PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz

Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker