Malaysia terima sejuta dos vaksin sumbangan kerajaan UAE

SEPANG – Kerajaan Malaysia bakal menerima sejumlah sejuta dos vaksin Covid-19 jenis Sinopharm sumbangan kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam dua fasa penghantaran.

Fasa pertama yang diserahkan pada hari ini melibatkan sebanyak 500,000 dos manakala untuk baki berikutnya pula akan dihantar negara berkenaan dalam masa dua minggu lagi.

Sumbangan tersebut diterima Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dalam acara gimik ringkas penyerahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.



Ia disampaikan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar UAE di Kuala Lumpur, Nouf Ibrahim Ali Rasheed al-Kuwaiti yang mewakili Duta Besar, Khalid Ghanim Mohammad Alghaith.

Vaksin keluaran firma farmaseutikal milik kerajaan China, Institut Produk Biologi di Beijing itu dibawa dengan penerbangan komersial EK 346 pesawat syarikat kebangsaan Emirates.

Bekalan berkenaan selamat tiba di KLIA terus dari Dubai kira-kira pukul 2.30 petang sebelum disambut Saifuddin serta para pegawai kanan Kementerian Luar dan Kementerian Kesihatan.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala), Kementerian Luar, Datuk Amran Mohamed Zin dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Kesihatan, Datuk Harjeet Singh Hardev Singh.



Bercakap pada sidang akhbar, Saifuddin yang mewakili kerajaan Malaysia turut merakamkan penghargaan kepada UAE atas keprihatinan negara itu dalam mengekang wabak Covid-19.

“Saya juga menjunjung kasih kepada Putera Mahkota Emiriah Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Sultan Al-Nahyan atas inisiatif baginda yang menyampaikan bekalan vaksin ini,” jelasnya.

Ini merupakan sumbangan vaksin pertama UAE kepada Malaysia, namun negara Asia Barat tersebut pernah menyampaikan bekalan perubatan khas bagi pengawalan wabak berkenaan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU,NET


Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker