Ismail hadir perjumpaan tertutup Presiden UMNO dan Biro Politik UMNO Johor

Ismail hadir perjumpaan tertutup Presiden UMNO dan Biro Politik UMNO Johor

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO hadir pada Majlis Perjumpaan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Biro Politik Badan Perhubungan UMNO Johor, hari ini.

Ismail Sabri tiba di pekarangan Saujana yang merupakan kediaman rasmi Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad di Jalan Hassan Al-Attas, di Johor Bahru pada pukul 8.42 malam.



Turut hadir pada perjumpaan yang diadakan secara tertutup itu, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dan Hasni, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor serta barisan kepimpinan UMNO negeri.

Tinjauan mendapati pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar mula menjadi tumpuan seawal pukul 7.30 malam.

Semalam, Mohamad dilaporkan berkata UMNO menyasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada Sabtu lepas, Barisan Nasional (BN) Johor telah menyatakan hasrat untuk bertanding tanpa kerjasama parti lain di luar gabungan itu dan yakin menang dua pertiga daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan pada PRN itu nanti.



Kerajaan negeri sebelum ini diterajui BN dengan 28 kerusi merangkumi UMNO (14 kerusi); MIC (dua); Bersatu (11); dan PAS (satu) manakala Pakatan Harapan dengan 27 kerusi iaitu DAP (14); PKR (tujuh) dan Amanah (enam). Utv

Ismail hadir perjumpaan tertutup Presiden UMNO dan Biro Politik UMNO Johor


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz



Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker