Lebih baik uji majoriti PM di Dewan Rakyat

Lebih baik uji majoriti PM di Dewan Rakyat

“Ujian gelanggang” perlu dijadikan pilihan utama menentukan sama ada ketua kerajaan masih mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan, menurut dua peguam.

Mereka berkata, akuan berkanun (SD) wakil rakyat boleh juga digunakan menilai tahap sokongan kepada perdana menteri, menteri besar atau ketua menteri, susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2010.



Menurut peguam Bastian Pius Vendargon, mengikut undang-undang, Yang di-Pertuan Agong bebas bergantung kepada SD bagi menentukan sama ada perdana menteri masih mendapat kepercayaan majoriti Dewan Rakyat.

Vendargon berkata, susulan pilihan raya, Agong berdepan kesulitan menentukan isu berkenaan terutama jika tiada parti politik atau gabungan memperoleh majoriti jelas.

“Bagaimanapun, apabila negara sudah mempunyai perdana menteri, cara terbaik menguji kepercayaan adalah di Dewan Rakyat,” katanya kepada FMT.

Peguam kanan itu berkata demikian mengulas dakwaan Abdul Hadi Awang bahawa partinya sedia menunggu perubahan kerajaan menerusi “proses demokrasi dan raja berperlembagaan”.



Mengulas “Langkah Dubai” dalam kolum Harakah Daily, presiden PAS itu berkata, semua parti politik mahu menjadi kerajaan, bukannya pembangkang sepanjang masa.

Katanya, dalam sistem demokrasi, perubahan dapat dilakukan melalui pilihan raya, atau wakil rakyat yang dipilih mengadakan undi tidak percaya di Parlimen atau melalui SD.

Pada Ahad, Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Nor, mendakwa Perikatan Nasional (PN) yang mana PAS menjadi komponennya, telah memperoleh SD mencukupi untuk menumbangkan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Pada 2010, Mahkamah Persekutuan memutuskan tidak menjadi halangan kepada Sultan Perak menilai sama ada menteri besar masih mendapat kepercayaan majoriti tanpa perlu kepada undi di Dewan Undangan Negeri.



Lima panel mahkamah atasan, memutuskan keterangan terhadap mana-mana kehilangan kepercayaan boleh dikumpul daripada sumber tambahan, mengambil kira kehilangan kepercayaan secara jelas berlaku.

Dalam kes berkenaan, tindakan tiga Adun belot menyumbang keruntuhan kerajaan Perak pimpinan Nizar Jamaluddin. Bergantung kepada SD, Almarhum Sultan Azlan Shah, yang menjadi Sultan Perak ketika itu, melantik Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar baru.

Walaupun demikian, Edmund Bon, yang merupakan pasukan peguam mewakili Nizar dalam kes tersebut, berkata undi di Dewan Rakyat kekal menjadi pilihan utama.

“Adalah terbaik untuk kembali ke dewan. Undi akan secara jelas memaparkan sokongan terhadap perdana menteri masih menikmati jumlah sokongan,” katanya. FMT



Lebih baik uji majoriti PM di Dewan Rakyat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing



Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)



Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker