Amaran hujan lebat, angin kencang di 5 negeri serta KL, Putrajaya

Amaran hujan lebat, angin kencang di 5 negeri serta KL, Putrajaya

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan sehingga pukul 7 malam ini.

Menurut jabatan itu, Perak meliputi kawasan Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim) diikuti Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang) selain Negeri Sembilan (Seremban).

Amaran sama iaitu sehingga pukul 8 malam pula melibatkan Sarawak iaitu di Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau)

Sabah pula melibatkan Pedalaman (Tambunan) dan Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia. Utusan

Amaran hujan lebat, angin kencang di 5 negeri serta KL, Putrajaya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz

Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker