Suami Ada Hubungan Sulit? Ini Pendedahan Berani Oleh Adik Arwah Faziani Rohban

Suami Ada Hubungan Sulit? Ini Pendedahan Berani Oleh Adik Arwah Faziani Rohban

Adik kepada Allahyarhamah Faziani Rohban, Faizul Rohban tampil melakukan pendedahan berani mengenai Pengasas D’nars itu dan suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim.

‘Cinta Dah Lama Mekar’ Ketika Arwah Masih Hidup

Menerusi hantaran yang dilakukan di laman Facebok, Faizul memberitahu bahawa dia tidak akan mendedahkan tanpa fakta yang betul dan tampil mendedahkan foto abang iparnya bersama seorang wanita yang diambil pada September, beberapa bulan selepas arwah terlibat dalam kemalangan pada 18 Mei 2019.

“Saya tidak berhujah tanpa fakta yang betul. 18.5.2019 kakak saya meninggal dunia. Lihat gambar di sebelah tu tarikhnya bila.

Kan saya dah kata cinta dah lama mekar mungkin sewaktu kakak saya masih hidup lagi perkara ini terjadi.”- dedah Faizul

Arwah Pernah Luah Hasrat Mahu Bercerai

Menurut Faizul, arwah kakaknya pernah memberitahu ibu mereka dan salah seorang kawan baiknya mengenai hasrat ingin bercerai dengan suaminya itu.

“Sebelum kematian kakak saya, arwah pernah berkata kepada umi saya dan salah seorang kawan baik dia waktu itu dia ingin bercerai.”-dedah Faizul lagi

Buat Pendedahan Selepas Terdapat Usaha Penjarakan Anak Saudara

Tegasnya lagi, pendedahan berani itu dibuat setelah kes mahkamah yang melibat anak sulung Allahyarhamah Faziani , Mohd Aqbar Hakim Jasman telah selesai selepas dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Majistret. Keputusan itu dibuat mahkamas atas tuduhan menghantar ugutan yang ingin menyebabkan kematian terhadap Ahmad Shah yang merupakan bapa tirinya pada dua tahun lalu.

“Jarang saya nak dedahkan, tetapi bila melibatkan usaha memenjarakan anak saudara saya yang berusaha 21 tahun ketika itu, merosakkan rekod budak, kemudian tak datang mahkamah. Ini akibat dia. Mata bengkak lagi tu, naik kereta pun yang zaman arwah kakak saya lagi”- katanya

Sekadar info, allahyarhamah Faziani Rohban meninggal dunia akibat kemalangan bersama suaminya di Pattani, Thailand pada 18 Mei 2019 ketika dalam perjalanan ke sebuah pondok di Yala bagi memberikan sumbangan sempena bulan Ramadhan. Mr

Suami Ada Hubungan Sulit? Ini Pendedahan Berani Oleh Adik Arwah Faziani Rohban


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM

Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]

Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker