“Ya esok ada mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri” – Hasni
“Ya esok ada mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri” – Hasni
Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dijangka mengadakan sidang media khas selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri petang esok.
“Ya esok ada mesyuarat Perhubungan UMNO negeri,” kata Hasni kepada MalaysiaGazette namun enggan mengulas lanjut.
Desas-desus sidang media itu berkaitan dengan usul pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.
Johor mempunyai 56 kerusi DUN yang terdiri daripada UMNO dan DAP masing-masing 14 kerusi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebanyak 11 kerusi, PKR (7), Amanah (6) MIC (2) dan Pas (1).
Berikutan kedudukan yang genting iaitu kerajaan memerintah memiliki majoriti tipis dengan 28 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang, PRN dilihat perlu diadakan supaya kerajaan yang dipilih kelak dapat memberi tumpuan kepada program pembangunan negeri terutamanya sektor ekonomi.
Ini kerana kerajaan yang stabil dilihat boleh melaksanakan pelbagai perancangan tanpa diganggu-gugat dengan ‘kekacauan’ politik.
Sementara itu, menurut sumber kepada MalaysiaGazette Hasni dijangka mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi mempersembahkan usul pembubaran DUN pada Ahad nanti.
Keputusan sama ada PRN boleh diadakan atau tidak tertakluk kepada perkenan Sultan Johor dan beberapa prosedur perlu dipatuhi sebelum DUN dapat dibubarkan. MG
“Ya esok ada mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri” – Hasni
Baca Artikel Menarik :
- Wakil rakyat pembangkang ‘ghaib’ ketika bencana banjir – Ismail
- Menakjubkan! Seekor Rusa Melompat Sebelum ‘Terbang’ Tinggi Ke Udara [VIDEO]
- Unsur mistik dalam kehilangan Kamaliah?
- Khalid serah banglo, penthouse, kereta selepas isteri setuju poligami
- Orang utan bunuh manusia: Kenyataan Zuraida undang kecaman netizen
- Alfie Zumi dipukul kumpulan lelaki bermotosikal
- Poster man UMNO, awalkan PRU15
- Suria KLCC cat semula dekorasi Tahun Baharu Cina selepas dikecam
- Azhan Rani Ingat Detik Kemalangan, Puncanya 2 Remaja Naik Motor Kapcai Tengah Bersembang
- Teguran Nik Abduh dibidas Sanusi
- Angkara Pagar Rumah Rupanya Mengundang Sengsara
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.