Akta KWSP benarkan pengeluaran bagi kelangsungan hidup



Akta KWSP benarkan pengeluaran bagi kelangsungan hidup

Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan pengeluaran bagi memenuhi kelangsungan hidup orang ramai.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Akta KWSP di bawah Seksyen 54 membenarkan pengeluaran untuk penuhi keperluan dan keberterusan hidup apatah lagi yang terkesan akibat pandemik.

Jelasnya, rakyat hakikatnya rata-rata menuntut simpanan mereka sendiri hari ini bukan suka-suka.

“Ramai yang mula dihalau dari rumah kerana tidak dapat membayar sewa, kereta dan motor juga ditarik serta hutang keliling pinggang untuk penuhi keperluan hidup.




“Ramai hilang punca pendapatan, hilang kerja akibat pandemik. Mereka ini tidak semuanya dapat bantuan kerajaan. Kalau dapatpun tidak mencukupi,” tulisnya di Facebook hari ini.

Tambahnya, golongan itu tergolong dikalangan 6.83 juta pencarum yang mempunyai wang simpanan KWSP melebihi RM10,000 bahkan beratus ribu.

“Walaupun begitu, ikhtiar juga tidak pernah dinafikan, malah pelbagai justifikasi dan hujah ekonomi juga telah diberikan bahkan bagaimana cara untuk menampung kembali simpanan peribadi dan kantong KWSP secara keseluruhan juga telah beberapa kali dihujahkan.

“Lebih utama mengelakkan mudarat besar yang dihadapi rakyat hari ini dengan mengambil mudarat kecil iaitu benarkan pengeluaran kali terakhir wang simpanan hari tua demi kelangsungan hidup ketika ini,” ujarnya. K Online

Akta KWSP benarkan pengeluaran bagi kelangsungan hidup





Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina

Cerai, hilang datuk dalam sehari



Leave a Reply

Your email address will not be published.