Video tular dakwa ulama bakal berhimpun, kemunculan Imam Mahdi
Video tular dakwa ulama bakal berhimpun, kemunculan Imam Mahdi
Satu siasatan lanjut sedang dijalankan polis terhadap perkongsian seorang lelaki menerusi Facebook Live di sebuah kedai di Sayong Lembah di sini yang mendakwa bakal berlaku perhimpunan ulama dan kemunculan Imam Mahdi.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan awal mendapati, siaran langsung berdurasi 8 minit 56 saat itu dilakukan ketika individu berkenaan mengunjungi sebuah kedai yang menjual pelbagai senjata antaranya pedang dan keris.
“Saya telah mengarahkan ketua jabatan siasatan jenayah negeri dan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar untuk jalankan siasatan. Benda ini (video) memang dibuat di Sayong Lembah, Kuala Kangsar.
“Polis akan dapatkan maklumat lanjut berhubung perkara ini,” katanya ketika ditemui dalam Program High Profile Policing (HPP) Solat Jumaat Polis Perak bersama penduduk Lubuk Merbau di Masjid Jamek Al-Marbawi di sini pada Jumaat.
Ditanya kemungkinan perkongsian video itu ada kaitan dengan ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) Sittah Annur, Mior Faridalathrash berkata, perkara itu masih dalam siasatan.
“Biar kita siasat dulu, nanti kita akan kongsikan (butiran siasatan).
“Siasatan perkara berkaitan tular menggunakan rangkaian tidak wajar ini biasanya akan dilakukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.
Sejak Khamis tular di media sosial video seorang lelaki menunjukkan koleksi pedang dan keris yang dijual di sebuah kedai di Sayong Lembah, Kuala Kangsar.
Dalam rakaman itu, individu terbabit memberitahu bakal berlaku sebuah perhimpunan dihadiri hampir 300 ulama untuk menyaksikan kebangkitan khalifah ALLAH iaitu Imam Mahdi.
Dia turut meminta agar orang ramai mempersiapkan diri dengan busur panah dan pedang bagi menyahut seruan jihad daripada Imam Mahdi.
“Sesiapa yang belum ada busur dan pedang, silalah dapatkan sekarang.
“Kalau tak ada busur panah, ikhtiarlah untuk miliki pedang, RM265 sahaja siap pos,” kongsinya merujuk kepada pedang yang dijual di premis itu. Sinar
Video tular dakwa ulama bakal berhimpun, kemunculan Imam Mahdi
Baca Artikel Menarik :
- Lori kontena rempuh puluhan kenderaan, 5 maut (Video)
- Tampal jalan berlubang dengan baju bundle, mana YB? -netizen
- Pemilihan DAP, Anthony bakal ganti Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP
- Tuan Ibrahim bidas Mat Sabu minta bom pam air di Sungai Muda
- Dijel kerana cuba curi tumbuhan lebih setengah juta ringgit
- Malaysia mungkin tenggelam?
- Bolehkah Muhyiddin bertahan dalam PRN Johor?
- Bengang dikeluarkan, Ronaldo lempar jaket
- Pencuri Tabung Masjid Dikafankan AJK Masjid (Video)
- Suami Ajak Rakan ‘Ratah’ & Bogelkan Isteri Tengah Baring Atas Katil
- Sempat selfie semasa kereta karam dalam sungai
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Nabila Huda terkejut kena saman
Zarina Anjoulie Dedah Pendapatannya Sebagai ‘Influencer’ Lebih Lumayan