PRN Johor: 26 Ketua Penerangan Bahagian UMNO Johor hadiri mesyuarat tertutup

OHOR BAHRU – Spekulasi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor semakin hangat apabila mesyuarat melibatkan parti-parti politik mula dibuat secara tertutup.

Terbaharu, kesemua Ketua Penerangan bagi 26 Bahagian UMNO Johor berkumpul dalam satu mesyuarat diadakan di Pejabat Perhubungan UMNO Johor di Jalan Yahya Awal di sini, pada Jumaat.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi itu mendapati jemputan dan mereka yang terlibat mula memenuhi pekarangan pejabat pada jam 2.15 petang sebelum mesyuarat berlangsung pada jam 3 petang.

Ketua Penerangan UMNO Johor yang juga Menteri Sains dan Teknologi Datuk Seri Dr Adham Baba turut dijemput bagi mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Adham (kiri) mempengerusikan Mesyuarat Ketua Penerangan UMNO Bahagian di Pejabat UMNO Johor di sini pada Jumaat.

Menurut sumber, antara dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan adalah mengenai retreat diadakan Barisan Nasional (BN) pada Disember lalu.

“Kita bincang mengenai retreat BN sahaja, ada beberapa perkara lain tetapi bukan PRN Johor.

“Selain itu, kita membuat penilaian mengenai PRN Melaka tempoh hari, mungkin untuk lihat semula kekuatan yang ada pada parti sekiranya berlaku apa-apa kemungkinan,” katanya.

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda terkejut kena saman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker