Pemilihan DAP, Anthony bakal ganti Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP
Pemilihan DAP, Anthony bakal ganti Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP
DAP akan mengadakan kongres kebangsaan dan pemilihan parti pada 20 Mac yang bakal menyaksikan perwakilan mengundi bagi melantik kepimpinan baharu.
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP akan menyaksikan perubahaan apabila Lim Guan Eng, yang telah berkhidmat selamat tiga penggal terpaksa melepaskan jawatannya sebagai setiausaha agung, setelah memegang jawatan itu selama 18 tahun.
Dalam satu kenyataan hari ini, setiausaha penganjur DAP Anthony Loke berkata jawatankuasa eksekutif pusat parti itu, yang bermesyuarat pada 13 Januari, memutuskan kongres kebangsaan akan diadakan di Pusat Konvensyen IDCC, Shah Alam pada 20 Mac.
“Penangguhan Kongres Kebangsaan sebelum ini telah dibenarkan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) disebabkan pelbagai sekatan pergerakan rentas negeri akibat pandemik Covid-19.
“Tarikh yang ditetapkan adalah selaras dengan nasihat daripada pihak ROS supaya Kongres Kebangsaan Parti DAP diadakan sebelum 31 Mac ini,” katanya.
Ahli Parlimen Seremban itu berkata, semua pewakilan yang layak menghadiri kongres kali ini perlu hadir secara fizikal di tempat yang ditetapkan untuk proses pengundian CEC.
Loke dilihat secara meluas sebagai calon pilihan untuk menggantikan Lim dan bukan menjadi rahsia bahawa dirinya telah dipersiapkan untuk mengambil alih kepimpinan parti.
DAP telah menangguhkan kongres kebangsaan dan pemilihan parti yang pada mulanya dijadualkan pada 20 Jun berikutan wabak Covid-19 itu. Mk
Pemilihan DAP, Anthony bakal ganti Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP
Baca Artikel Menarik :
- Wakil rakyat pembangkang ‘ghaib’ ketika bencana banjir – Ismail
- Menakjubkan! Seekor Rusa Melompat Sebelum ‘Terbang’ Tinggi Ke Udara [VIDEO]
- Unsur mistik dalam kehilangan Kamaliah?
- Khalid serah banglo, penthouse, kereta selepas isteri setuju poligami
- Orang utan bunuh manusia: Kenyataan Zuraida undang kecaman netizen
- Alfie Zumi dipukul kumpulan lelaki bermotosikal
- Poster man UMNO, awalkan PRU15
- Suria KLCC cat semula dekorasi Tahun Baharu Cina selepas dikecam
- Azhan Rani Ingat Detik Kemalangan, Puncanya 2 Remaja Naik Motor Kapcai Tengah Bersembang
- Teguran Nik Abduh dibidas Sanusi
- Angkara Pagar Rumah Rupanya Mengundang Sengsara
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.