Ibu bapa mula bimbang keselamatan anak di sekolah

Ibu bapa mula bimbang keselamatan anak di sekolah

SUNGAI PETANI – Kalangan ibu bapa meluahkan rasa bimbang susulan peningkatan jumlah kluster Covid-19 dalam kalangan pelajar di asrama sekolah di ne­geri ini sejak kebelakangan ini.

Seorang waris dari Sungai Lalang dekat sini, Norshuhaida Muhammad Ali, 44, berkata dia mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah.



Katanya, seorang anak pe­rempuan kini bersekolah di sekolah berasrama iaitu di Sekolah Menengah Agama Fauzi di Yan dekat sini.

Ujarnya, pihak sekolah baru sahaja memaklumkan bahawa waris sudah tidak dibenarkan untuk menghantar makanan ke asrama sejak dua hari lalu sebagai langkah keselamatan.

“Sebagai ibu sudah pasti saya bimbang mengenai keselamatan dan kesihatan anak-anak.

“Saya berharap agar pihak sekolah dapat mengambil tindakan sewajarnya supaya tiada penularan Covid-19 dalam kalangan pelajar di asrama,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.



Seorang ibu dari Kota Kuala Muda, di sini, Suzana Saad, 44, berkata, penularan kes Co­vid-19 di sekolah anaknya iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kuala Muda bagi Kluster Dah Jalan Pantai membuatkan dia semakin bimbang untuk menghantar anak ke sekolah.

Katanya, meskipun anaknya tidak tinggal di asrama, namun risiko untuk dijangkiti tetap ada memandangkan mereka akan bertemu dengan rakan-rakan sekolah setiap hari.

“Sebagai ibu, saya bimbang akan keselamatan anak-anak, namun begitu saya juga terpaksa akur dengan situasi pandemik di negara kita ketika ini,” katanya.

Seorang lagi waris dari Guar Chempedak, dekat sini, Noor Hanim Bohari, 39, berkata dia mempunyai seorang anak yang kini menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Kedah dan tiga orang lagi masih bersekolah di sekolah menengah dan sekolah kebangsaan.



Katanya, dia sentiasa berpesan kepada anak-anaknya supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di pusat pengajian masing-masing selain membekalkan makanan tambahan seperti vitamin C kepada mereka.

“Saya harap ibu bapa peka dengan kesihatan anak-anak, jika lihat anak tidak sihat jangan benarkan mereka ke sekolah,” ujarnya.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Othman Warijo berkata, sebanyak sembilan kluster membabitkan institusi pendidikan dengan seramai 1,120 pelajar disahkan positif Covid-19 setakat ini di Kedah.

Ujarnya, satu kluster baharu diisytihar semalam iaitu Kluster Dah Teratai Jingga babit 18 pelajar Maktab Mahmud Alor Setar.



Katanya, kluster pendidikan pertama yang dikesan adalah pada 11 Januari lalu iaitu Kluster Dah Che Bema membabitkan Kompleks Al-Hidayah, Desa Keda, Sungai Petani (sekolah tahfiz) dalam daerah Kuala Muda.

“Kluster pendidikan kedua pula dikesan pada 17 Januari lalu iaitu Kluster Dah Jalan Merbau diikuti Kluster Dah Penyarum, Kluster Dah Teluk Teduri dan Kluster Dah Jalan Pantai.

“Seterusnya Kluster Dah Padang Halban, Kluster Dah Sungai Kob, Kluster Dah Sungai Limau dan Kluster Dah Teratai Jingga,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. K Online

Ibu bapa mula bimbang keselamatan anak di sekolah




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman



Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina

Cerai, hilang datuk dalam sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker