Najib mahu projek baharu berisiko jejas Taman Sri Muda digantung

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Najib Razak meminta kerajaan Selangor menggantung sementara kelulusan baharu bagi projek pembangunan di Taman Sri Muda dan kawasan berhampiran.

Beliau berkata, ia wajar dilakukan sehingga siasatan terhadap dakwaan Persatuan Penduduk Taman Sri Muda selesai dan langkah sepatutnya dilaksanakan demi mengelakkan banjir besar berulang.

“Mengikut Persatuan Penduduk Taman Sri Muda, sistem perparitan dan kawalan banjir yang dibina setelah banjir besar pada 1995 di sana tidak lagi mampu melawan banjir.

“Tahun berlalu dan kawasan sekitar Kota Kemuning dibangunkan, projek baharu memilih untuk membonceng sistem perparitan sedia ada di Taman Sri Muda untuk mengalihkan hujan ke sungai, bukannya membina rangkaian baharu,” katanya di Facebook.

Terdahulu, FMT melaporkan ahli persatuan penduduk itu berkata, mereka mengesan longkang yang menghala ke saluran pengairan dari Kemuning Utara, Kemuning Baru, Kota Kemuning dan kawasan hulu lain.

Ini bermakna, sistem yang direka untuk Taman Sri Muda kini terpaksa menerima banyak limpahan air dari kawasan sekitar yang jumlahnya bertambah sekurang-kurangnya tiga kali ganda berbanding kemampuan sebenar.

Ia boleh dikawal pada waktu biasa, namun semuanya akan melimpah ketika hujan lebat. Saluran air, parit dan kolam tadahan akan dipenuhi air dengan cepat yang kemudiannya melimpah ke bandar.

Lama-kelamaan Taman Sri Muda berisiko menjadi kolam tadahan besar.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker