Beijing berang kapal perang AS belayar di Laut China Selatan

GAMBAR fail pada 28 Ogos 2017 menunjukkan kapal pemusnah USS Benfold belayar di perairan Guam. – AFP

BEIJING  – Sebuah kapal perang Amerika Syarikat (AS)  belayar merentasi Laut China Selatan hari ini sekali gus mengundang amaran tentera China ketika ketegangan antara dua kuasa besar dunia itu terus meruncing.

Tentera Laut AS menyatakan, kapal perang USS Benfold mempertahankan hak dan kebebasan belayar  di sekitar Kepulauan Paracel selaras dengan undang-undang antarabangsa.

Bagaimanapun, Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) menegaskan bahawa kapal perang itu telah memasuki perairan China secara haram.

“PLA mengerahkan tentera laut dan udaranya  untuk mengesan,  memantau serta memberi amaran, seterusnya mengusir kapal pemusnah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.



China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan yang menjadi laluan perdagangan global melibatkan barangan bernilai bertrilion-trilion dolar setiap tahun. Tuntutan China  bertindih dengan tuntutan oleh Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam.

Beijing juga meminggirkan penghakiman Mahkamah Tetap Arbitrasi yang berpangkalan di The Hague, Belanda pada 2016 bahawa tuntutan China ke atas Laut China Selatan berdasarkan sejarah adalah tidak berasas.

Berbilang tentera laut Barat dengan diketuai AS, melakukan operasi kebebasan belayar di Laut China Selatan untuk menegaskan bahawa laut tersebut adalah laluan dan perairan antarabangsa. – AFP

Beijing berang kapal perang AS belayar di Laut China Selatan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman



Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker