Ustaz didakwa lakukan amang seksual terhadap 3 murid ketika sesi pembelajaran

Ustaz didakwa lakukan amang seksual terhadap 3 murid ketika sesi pembelajaran

TAWAU : Seorang guru agama sekolah rendah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas tiga muridnya dalam kejadian antara bulan September hingga November tahun lalu.

Tertuduh, Sanyzam Dabal, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.



Berdasarkan pertuduhan pertama, guru Pendidikan Islam itu didakwa melakukan amang seksual terhadap murid perempuan berusia sepuluh tahun dalam bilik darjah di sekolah tempat dia mengajar antara 20 Mac hingga 17 September 2023.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa iaitu murid perempuan Tahun Empat ketika sesi pembelajaran Pendidikan Agama Islam, pada 30 November 2023.

Pertuduhan ketiga pula, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama ke atas seorang lagi murid perempuan Tahun Empat iaitu ketika sesi pembelajaran Pendidikan Agama Islam, di dalam bilik darjah, pada 17 September 2023.

Bagi semua kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman dipenjara sehingga 20 tahun dan hukuman sebat jika sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan.



Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Suhaimi Suriana manakala tertuduh diwakili peguam, Jhesseny P Kang.

Suhaimi tidak menawarkan ikat jamin kepada tertuduh mengambil kira kesalahan tertuduh adalah serius.

Katanya, tertuduh seorang guru yang diamanahkan oleh ibu bapa dan Kerajaan untuk mendidik serta menjaga anak-anak ketika di bawah seliaan mereka, tidak seharusnya melakukan perbuatan terkutuk apatah lagi salah laku terhadap muridnya.

Selain itu katanya, tertuduh juga tidak tawarkan jaminan kerana terdapat kemungkinan akan melarikan diri selain potensi mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.



Peguam tertuduh bagaimanapun merayu supaya anak guamnya diberi jaminan rendah.

Mahkamah akhirnya membenarkan tertuduh dijamin RM15,000 bagi setiap pertuduhan, iaitu RM45,000 untuk tiga pertuduhan dan menetapkan tarikh 6 Mac depan untuk pengurusan dan sebutan semula kes. BH

Ustaz didakwa lakukan amang seksual terhadap 3 murid ketika sesi pembelajaran

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental

Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)



Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5

Kediaman Najib lengang tanpa penghuni



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker