Penternak Ini Bela Kambing Ikut Zaman!’Nama Kambing Saya Beri Spontan Ikut Nama Manusia’ [VIDEO]

Penternak Ini Bela Kambing Ikut Zaman!’Nama Kambing Saya Beri Spontan Ikut Nama Manusia’ [VIDEO]

KAMBING-kambing yang dibela di ladang penternakan ini diberi pelbagai nama yang unik oleh pemiliknya.

Antara nama yang menjadi pilihan termasuklah Aiman, Zubir, Suzana, Rokiah, Nurul Huda, Hanafi dan banyak lagi.

Menurut Azroy Abdul Manaf, 38, nama-nama itu diberi secara spontan, namun ia ternyata membawa perbezaan buat haiwan ternakannya.

“, . Kalau kita panggil dengan gelaran kambing, ia tak akan menyahut. Suatu hari, saya panggil dengan nama manusia, terus kambing menoleh.

“Jadi saya buat keputusan untuk namakan semua kambing saya. Setiap kali dipanggil, Alhamdulillah, ia akan menoleh dan beri respon kepada saya.

VIDEO DIBAWAH:-🤣😂😁😃🤦‍♂️

“Selain itu, ada juga pengikut media sosial yang beri cadangan nama untuk kambing-kambing saya,” ujarnya yang mengusahakan ladang ternakan Temasek Agro di Batu 9, Gombak, Selangor.

Menurut penternak yang senang disapa Azroy itu, ladang miliknya sudah diusahakan sejak lima tahun lalu.

Kambing-kambing belaan Azroy diberi pelbagai nama dan gelaran.

Setakat kiraan pada 7 Januari 2022, terdapat 257 ekor kambing di ladang tersebut yang mana ia secara berkala akan disalurkan kepada pelanggan yang terdiri daripada orang persendirian, pengusaha restoran, katering dan sebagainya.

“Kami kemas kini stok setiap bulan. Setakat ini, ada 257 ekor kambing dan biri-biri. Selain dibeli untuk aqiqah dan korban, kami juga supply kambing hidup kepada penternak yang lain.

“Ada juga pengusaha katering, pengusaha kambing perap serta orang persendirian yang beli kambing untuk kenduri dan sebagainya.

“Ada yang beli kambing hidup, ada yang minta disembelih dan dipotong siap, kami jual ikut permintaan,” ujarnya yang dibantu dua adik serta dua lagi pekerja.

Jika dahulunya Azroy banyak berkongsi mengenai kambing-kambingnya di Facebook, dia mula beralih ke platform TikTok pada Oktober tahun lalu dan berjaya meraih lebih 130,000 pengikut dalam tempoh singkat.

Lebih menggembirakan, video-video keletah menghiburkan Azroy dengan kambing-kambing ternakannya turut mencuri perhatian netizen sehingga meraih jutaan tontonan di platform berkenaan.

Ladang ternakan Azroy terletak di Gombak, Selangor

“Sebenarnya saya memang terharu dapat raih ramai followers dalam tempoh singkat. Melalui TikTok, sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan mengenai ladang ini. Malah, ia turut membawa pelanggan-pelanggan baharu buat kami.

“Disebabkan TikTok, ada individu dari Johor nak beli kambing dengan saya, sedangkan di sana pun memang ada orang jual kambing.

Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang beri sokongan.

“Setiap hari jam 9 pagi, 12 tengah hari dan 5 petang saya akan buat live di TiKTok, untuk tunjuk sesi beri makan kepada kambing. Agak mengejutkan kerana ia meraih puluhan ribu tontonan.

“Sebagai penghargaan, saya juga jemput 80 followers terpilih dari serata Malaysia untuk datang makan kambing golek di ladang saya pada ambang Tahun Baharu, baru-baru ini,” jelas Azroy lagi.

Gelagat kambing di ladang ternakan itu banyak dikongsi melalui TikTok.

Mengenai kehidupan sehariannya, Azroy mengakui dia menghabiskan sekitar 12 jam untuk menguruskan semua haiwan ternakan di ladang tersebut.

Selain pemeriksaan kesihatan, pemberian makanan serta pembersihan kandang, Azroy percaya komunikasi yang bagus juga dapat memberi impak positif buat haiwan-haiwan tersebut.

“Sesiapa yang nak masuk bidang ini, mereka kena beri komitmen penuh. Saya bermula 7 pagi dan akan berakhir 7 petang.

Seharian di kandang. Pada saya, kita jangan buat kandang seperti kandang, sebaliknya anggap ia seperti rumah. Kena sentiasa bersih, biar selesa orang nak datang.

“Saya juga selalu bercakap dengan kambing. Saya pesan supaya mereka jadilah kambing yang sedap dimakan.

Aktiviti bercakap dengan kambing yang saya kongsi di TikTok turut menjadi punca followers meningkat, mereka suka tengok video begitu,” ujarnya lagi.-mSTAR

Penternak Ini Bela Kambing Ikut Zaman!’Nama Kambing Saya Beri Spontan Ikut Nama Manusia’ [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]

Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker