Kes agak rumit, penasihat perlu masa untuk teliti – Latiff

Kes agak rumit, penasihat perlu masa untuk teliti – Latiff

Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) bagi agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang sepatutnya memanggil Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki hari ini, ditangguhkan kerana kes berbangkit agak rumit.

Pengerusinya, Abdul Latiff Abdul Rahman, berkata terdapat beberapa isu perundangan yang memerlukan pandangan undang-undang terlebih dahulu daripada Pejabat Penasihat Undang-undang (PUU) Parlimen.



Oleh itu, katanya, terdapat cadangan daripada beberapa ahli jawatankuasa agar mesyuarat berkenaan ditangguhkan dan beliau bersetuju.

“Dengan mengambil kira beberapa isu berbangkit selepas surat yang dihantar oleh Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR) kepada Azam Baki KP SPRM dan mendapat maklum balas daripada beliau kemudiannya, maka saya arahkan SUDR mendapatkan pandangan PUU terlebih dahulu dan PUU perlu mengambil masa untuk meneliti kes ini, kerana ia agak rumit dan tidak dapat memberikan jawapan sebelum Rabu (hari) ini.

“Penangguhan ini telah dimaklumkan kepada sembilan ahli jawatankuasa yang terbabit,” katanya dalam kenyataan.

Penangguhan mesyuarat itu yang sepatutnya memanggil Azam yang kini berdepan dengan isu pemilikan sahamnya dimaklumkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin pada Isnin lalu.



Keputusan itu bagaimanapun dibantah oleh empat ahli PSC iaitu Ahli Parlimen Sepanggar, Azis Jamman; Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin; Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen.

Kata mereka, antara isu yang dibangkitkan Azam ialah beliau sudah memfailkan saman sivil terhadap seorang pemberita dan tiada sesiapa dibenarkan membincangkan fakta kes atau memberikan komen terhadap perkara itu yang kini menjadi perkara mahkamah (sub judice).

“Kami amat tidak bersetuju dengan alasan yang diberikan oleh Azam dan kami ingin menegaskan Azam seharusnya menghadiri di hadapan kami pada mesyuarat PSC itu, bagi menjawab isu-isu yang dibangkitkan,” kata mereka dalam kenyataan.

Jawatankuasa berkenaan turut dianggotai Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman; Ahli Parlimen Parit, Nizar Zakaria; Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau dan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir. FMT



Kes agak rumit, penasihat perlu masa untuk teliti – Latiff


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]



Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya

Amy punca kemelut Search?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker