Harga minyak dunia tertinggi dalam tujuh tahun

Harga minyak dunia tertinggi dalam tujuh tahun

Harga minyak mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun, sebahagiannya didorong oleh harapan bahawa pemulihan ekonomi akan meningkatkan permintaan.

Pasaran saham bagaimanapun susut, dengan pulangan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) melonjak susulan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) akan melaksanakan beberapa kenaikan kadar faedah bagi menangani kenaikan inflasi yang membimbangkan, menyebabkan indeks Dow berakhir 1.5 peratus lebih rendah pada hari pertama dagangan selepas cuti panjang hujung minggu.

Penanda aras minyak mentah Eropah, Brent North Sea mencecah AS$88.13 setong, manakala kontrak West Texas Intermediate AS berada pada AS$85.74, paras tertinggi sejak Oktober 2014, sebelum susut sedikit dalam urus niaga lewat.

Jangkaan bahawa Fed akan melaksanakan dasar yang ketat terus menyokong dolar.

Sementara itu, satu serangan dron di Abu Dhabi dikatakan oleh pejuang Huthi dari Yemen yang menyebabkan letupan tangki bahan api sehingga mengorbankan tiga nyawa, turut menyokong harga minyak.

Kumpulan itu memberi amaran kepada orang awam dan firma asing di Emiriah Arab Bersatu (UAE) supaya mengelak kawasan ‘pemasangan penting’, sekali gus membangkitkan kebimbangan terhadap bekalan dari rantau yang kaya dengan minyak itu.

“Serangan dron di Abu Dhabi menceritakan ancaman semasa terhadap orang awam dan infrastruktur tenaga di rantau itu di tengah-tengah memuncaknya ketegangan serantau,” kata penganalisis syarikat risikan risiko Verisk Maplecroft, Torbjorn Soltvedt.

“Laporan kerosakan trak dan stor bahan api akan meresahkan pemerhati pasaran, yang turut memerhati dengan penuh minat perkembangan rundingan nuklear antara AS dan Iran,” tambahnya.

Penganalisis OANDA, Craig Erlam, berkata negara-negara Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar utama lain berdepan kesukaran untuk mencapai sasaran meningkatkan output sebanyak 400,000 tong sebulan, yang menambah lagi tekanan ke atas harga.

“Bukti membayangkan ia tidak begitu mudah dan kumpulan itu terlepas sasaran dengan margin yang besar selepas satu tempoh gangguan dan jumlah pelaburan yang rendah.

“Ia akan terus memberi sokongan kepada minyak dan meningkatkan lagi kemungkinan harga mencecah tiga angka. Jangkaan bahawa pengguna utama China melaksanakan dasar pelonggaran monetari untuk mengukuhkan ekonominya juga dilihat sebagai sokongan penting bagi pasaran minyak,” tegasnya. BH

Harga minyak dunia tertinggi dalam tujuh tahun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]

Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya

Amy punca kemelut Search?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker