Klinik di Johor ‘kantoi’ jual sijil vaksin Covid-19 palsu, 30 pembeli diminta serah diri

Klinik di Johor ‘kantoi’ jual sijil vaksin Covid-19 palsu, 30 pembeli diminta serah diri

JOHOR BAHRU: Polis menyerbu sebuah klinik swasta di bandaraya ini yang dikesan menjual sijil digital vaksin Covid-19 palsu tanpa suntikan.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam serbuan itu seramai lapan individu terdiri daripada tiga kakitangan klinik berkenaan dan lima pembeli sijil digital vaksin Covid-19 ditahan.

Katanya, berdasarkan data ditemui, polis turut meminta semua 30 pembeli sijil palsu itu dari klinik berkenaan untuk menyerah diri sebelum operasi mencari dan penangkapan dilakukan.

“Semua suspek ditahan berusia lingkungan 24 hingga 42 tahun dan turut dirampas lapan unit telefon bimbit yang mengandungi imej sijil digital dan komunikasi perbualan antara kakitangan klinik serta pembeli.

“Turut dirampas peralatan komputer yang dipercayai digunakan untuk mendaftarkan butiran penerima vaksin ke dalam sistem MySejahtera,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Kamarul berkata, modus operandi klinik itu mendapatkan pembeli adalah menerusi agen atau wakil yang diberikan bayaran antara RM125 hingga RM300 dan pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat sindiket lain yang beroperasi sama seperti sindiket itu.

“Berdasarkan data kita ada, sekarang ini 30 orang (pembeli) tapi mungkin lebih dan sedang dalam siasatan, kita minta mereka semua tampil serah diri,” tambah beliau.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda.

“Siasatan yang dijalankan juga menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 22(d) akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang boleh dihukum penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya. FMT

Klinik di Johor ‘kantoi’ jual sijil vaksin Covid-19 palsu, 30 pembeli diminta serah diri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]

Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya

Amy punca kemelut Search?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker