Bayi empat tangan, empat kaki dianggap jelmaan dewa di India

GAMBAR menunjukkan wanita itu meriba bayinya yang dilahirkan dengan empat tangan dan empat kaki. – Jam Press Vid/Newslions

NEW DELHI – Seorang bayi di India yang dilahirkan dengan empat tangan dan empat kaki disifatkan sebagai jelmaan dewa oleh penduduk tempatan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Wanita itu dibanjiri ramai pelawat di Hospital Sadar, timur India sejak bersalin pada 17 Januari lalu.

Bayi yang belum didedahkan jantinanya itu menarik perhatian penduduk tempatan dengan penampilan yang unik serta anggota badan yang lebih daripada normal.

Walaupun ramai percaya bahawa kelahiran itu berkaitan dengan kepercayaan agama tetapi doktor mengesahkan bahawa kecacatan dialami adalah berpunca daripada komplikasi kehamilan.

Sebelum ini, seorang kanak-kanak berusia enam tahun di Uttar Pradesh, utara India turut terkenal kerana memiliki empat lubang hidung dengan satu batang hidung, menurut laporan akhbar itu. – Agensi

Bayi empat tangan, empat kaki dianggap jelmaan dewa di India


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker