Penagih syabu cenderung jadi agresif

Penagih syabu cenderung jadi agresif

SHAH ALAM – Penagih dadah jenis syabu atau methamphetamine cenderung bertindak agresif dan berada di luar batasan pemikiran normal manusia.

Pakar Psikologi Kaunseling Rawatan dan Pemulihan Dadah, Dr Azemi Shaari berkata, syabu merupakan dadah sintetik yang boleh menimbulkan satu konflik dalam saraf kognitif atau pemikiran manusia yang akan menyebabkan mereka bertindak di luar kawalan.



“Kesan pengambilan syabu boleh berlaku dalam dua suasana, iaitu pertama dia akan tidur, satu lagi dia akan berperang dengan diri sendiri antara tidur dan tidak. Jadi, apabila penagih berada dalam keadaan tersebut, dia tidak boleh diganggu.

“Kalau penagih syabu ini dapat tidur dalam masa dua hari, dia sudah boleh dapat ketenangan. Tetapi kalau tidak dapat tidur dan berperang dengan otaknya, dia akan bertindak di luar kawalan sebab saraf otaknya mula terganggu oleh kesan syabu.

“Dadah jenis ini dahulunya diberi kepada tentera semasa Perang Dunia Pertama untuk memberi keberanian. Sama macam yang mereka ambil sekarang ni. Bila dia berani, dia akan buat tindakan yang di luar batasan pemikiran manusia normal,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Mengulas lanjut, Azemi berkata, penagih syabu tidak boleh dipulihkan hanya dengan dibawa ke sesi kaunseling semata- mata sebaliknya mereka memerlukan rawatan secara perubatan terlebih dahulu.



Penggal kepala ibu, suspek pernah dipenjara ugut ibu

Lebih parah katanya, ada juga yang sanggup mendapatkan khidmat bomoh untuk memulihkan penagih daripada dadah syabu.

Sementara itu, beliau menegaskan bahawa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) seharusnya mula bertindak menerangkan kepada orang awam tentang syabu dan impaknya kepada masyarakat serta negara secara keseluruhannya.



Jelasnya, ditambah dengan zaman canggih kini yang memudahkan proses untuk sesiapa sahaja mendapatkan dadah perangsang jenis amfetamin tersebut.

“Masyarakat sekarang dah mula panik susulan dua kes besar baru-baru ini yang berlaku akibat penggunaan syabu.

“Misalnya, kes penggal ibu di Kuala Selangor. Sebenarnya tragedi seperti ini adalah satu daripada banyak kes bunuh yang pernah berlaku disebabkan dadah sebelum ini.

“Jadi kalau kita terus geleng kepala dan simpati, tidak cari pokok pangkal untuk selesaikan masalah ini, tidak ada perubahan yang akan berlaku,” katanya.



Penagih syabu cenderung jadi agresif


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penggal kepala: “Saya maafkan dia”



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker