Pelajar tahfiz diarah berpindah, pemilik tuntut tanah

Pelajar tahfiz diarah berpindah, pemilik tuntut tanah

BACHOK – Seramai 55 pelajar Pondok Darul Syahadah, Kampung Lubuk Kuin, Gunong di sini terpaksa berpindah apabila pondok yang menjadi tempat tinggal dan pusat pengajian mereka perlu dikosongkan atas permintaan pemilik asal tanah berkenaan.

Pemilik tanah berkenaan dikatakan telah menghantar notis penamatan memorandum persefahaman (MoU) kepada pengurusan pondok berkenaan pada Rabu minggu lalu untuk menarik balik tawaran penggunaan harta pemilikan berkenaan yang dimeterai pada 27 Julai 2016.



Wakil pengurusan Pondok Darul Syahadah, Zainul Anuar Abdullah berkata, berdasarkan notis itu, tempoh masa diberikan untuk persediaan berpindah berakhir sehingga 12 Mac depan tanpa mewakafkan tanah dan bangunan sedia ada atas pilihan pemilik.

Menurutnya, notis berkenaan yang ditandatangani pemilik tanah, Datuk Dr. Halim Hamat dan anaknya, Muhammad Hadishahmy Halim yang diserahkan kepada pengurusan tahfiz enam hari lalu.

Katanya yang juga bekas pengerusi pondok itu, sehubungan dengan itu, pihaknya sudah memindahkan 20 pelajar perempuan ke sebuah rumah kosong di Negeri Sembilan semalam manakala 35 pelajar lelaki dalam persediaan untuk dipindahkan ke sebuah madrasah kosong di Bera, Pahang dalam tempoh yang terdekat.

“Tempat tinggal itu merupakan penempatan sementara sebelum kami mencari tempat yang kekal untuk pelajar di pondok ini.



“Pemilik tanah sebenarnya telah bersumpah dengan al-Quran bahawa dia telah menyerahkan tanah itu sebagai harta wakaf. Kita telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM409,000 untuk membaik pulih bangunan, membina dan menambah baik infrastruktur bangunan,” katanya pada sidang akhbar di Pondok Darul Syahadah di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zainul Anuar mendakwa, pemilik tanah dan bangunan itu juga menuntut bayaran sebanyak RM600,000 sekiranya warga pondok enggan berpindah.

Sementara itu, Halim ketika dihubungi mengesahkan beliau telah menghantar notis pengosongan tanah di Pondok Darul Syahadah, namun menyangkal dakwaan pernah bersumpah dengan al-Quran untuk mewakafkan tanah itu.

Ujarnya, menerusi MoU yang dimeterai, tanah tersebut diberikan secara percuma untuk membangunkan pondok tersebut, namun tidak mewakafkan tanah itu kepada pengurusan pondok.



“Sudah tiba masanya pengurusan Pondok Darul Syahadah mencari tempat lain. Saya akan menuntut bayaran sekiranya mereka mahu terus tinggal di situ tanpa niat buruk kerana anak saya selaku pemilik baharu yang mempunyai perancangan lain di situ,” katanya. K Online

Pelajar tahfiz diarah berpindah, pemilik tuntut tanah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]

Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya



Amy punca kemelut Search?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker