Lelaki Bisu Pulih Dari Lumpuh Selepas Terima Vaksin Covid-19 Covieshield

Lelaki Bisu Pulih Dari Lumpuh Selepas Terima Vaksin Covid-19 Covieshield

NEW DELHI – Seorang lelaki yang lumpuh dan bisu selama empat tahun di India mendakwa bahawa dirinya  kembali pulih selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 Covieshield, lapor akhbar The Sun semalam.

Covishield dihasilkan oleh Institut Serum India dan menggunakan formula sama untuk menghasilkan vaksin Oxford-AstraZeneca.

Dularchand Munda, 55, cedera parah pada tulang belakang dalam satu kemalangan kereta pada 2018 yang menyebabkan dia terlantar dan tidak boleh bercakap.

Namun , selepas menerima suntikan vaksin pada 4 Januari lalu, Dularchand memberitahu, dia  dapat menggerakkan semula kakinya dan boleh berjalan perlahan-lahan dengan bantuan  tongkat.

Dalam masa sama, lelaki yang sudah empat tahun tidak boleh bercakap itu mampu bersuara buat kali pertama sejak kemalangan itu.

“Saya sangat gembira kerana terpilih mengambil vaksin ini kerana ia mengembalikan semula kemampuan saya untuk berjalan dan bercakap.

Seorang pakar kesihatan, Dr. Jitendra Kumar berkata, situasi itu adalah satu keajaiban yang mengagumkan, namun menegaskan masih banyak yang perlu dikaji mengenai keberkesanan vaksin ke atas penyakit lain selain virus Covid-19.

“Jika vaksin dikatakan memberi kesan positif ke atas kecederaan yang baru berlaku beberapa hari, ia boleh difahami secara perubatan.

“Namun bagi keadaan yang sudah berlarutan empat tahun seperti Dularchand, kita perlu lakukan kajian lanjut,” katanya. – Agensi

Lelaki Bisu Pulih Dari Lumpuh Selepas Terima Vaksin Covid-19 Covieshield

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]

Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker