Ini kekayaan 10 lelaki terkaya berganda semasa Covid

PARIS – Kelompok 10 lelaki terkaya dunia menggandakan kekayaan mereka semasa dua tahun pertama pandemik koronavirus melanda, manakala jurang ketidaksamaan agihan kekayaan semakin ketara, demikian menurut satu laporan semalam.

Oxfam menyatakan, kekayaan kelompok berkenaan meningkat daripada AS$700 bilion (RM2.93 trilion) kepada AS$1.3 trilion (RM6.28 trilion) atau purata AS$1.3 bilion (RM5.45 bilion) sehari.

Laporan Oxfam selaku badan pemantauan agihan kekayaan dunia itu diterbitkan menjelang satu sidang kemuncak mini yang akan dihadiri oleh para pemimpin dunia sempena Forum Ekonomi Dunia.

Menurut Oxfam, kekayaan bilionair-bilionair meningkat lebih tinggi semasa pandemik Covid-19 berbanding tempoh 14 tahun lalu apabila ekonomi dunia terjejas akibat kemelesetan paling buruh sejak Keruntuhan Wall Street pada 1929.

KOMBINASI gambar menunjukkan Elon Musk, Jeff Bezos dan Bill Gates. – AGENSI

Oxfam menyifatkan jurang agihan kekayaan itu sebagai ‘keganasan ekonomi’ dan berkata, ketidaksamaan tersebut menyumbang kepada kematian 21,000 orang setiap hari disebabkan kekurangan akses kepada penjagaan kesihatan, keganasan berdasarkan gender, kelaparan dan perubahan iklim.

Pandemik Covid-19 menyebabkan seramai 160 juta orang terjerumus ke dalam kemiskinan, tambah Oxfam dengan etnik minoriti bukan kulit putih dan wanita menjadi kumpulan paling teruk terjejas.

Laporan itu menyusul kajian pada 2021 Disember lalu yang mendapati perkongsian kekayaan kelompok terkaya di dunia melonjak pada kadar tertinggi semasa pandemik koronavirus. – AFP

Majalah Forbes menyenaraikan 10 lelaki paling kaya di dunia sebagai: Elon Musk, Jeff Bezos, Larry Page dan Sergey Brin, Mark Zuckerberg, Bill Gates dan Steve Ballmer, Larry Ellison, Warren Buffet serta Bernard Arnault. – AFP

Ini kekayaan 10 lelaki terkaya berganda semasa Covid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Doktor beri amaran trend ‘ayam mengantuk’

Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja

Ismail Sabri tidak guna kroni masuk UM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker