Tahanan di Balai Polis Pengkalan Chepa mati kerana paru-paru berair – Bukit Aman

PETALING JAYA: Polis mengklasifikasikan kematian seorang tahanan di Balai Polis Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan pada Ahad lalu sebagai mati mengejut susulan keputusan bedah siasat.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Azri Ahmad berkata hasil bedah siasat ke atas lelaki berusia 37 tahun itu mendapati punca kematian adalah paru-paru berair.

“Hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan atau elemen jenayah. Kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan sambil memaklumkan bedah siasat itu dijalankan di Hospital Raja Perempuan Zainab
2, semalam.



Katanya, siasatan dari pelbagai sudut akan dibuat sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan.

Semalam, satu lagi kematian dalam tahanan dilaporkan, kali ini di Kota Bharu, Kelantan, beberapa sehari selepas kejadian lelaki mati di lokap Taiping.

Azri berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan itu pada 4.35 petang.

Lelaki itu ditahan berkait Akta Dadah Berbahaya 1952 dan direman selama empat hari bermula 16 hingga 19 Januari.



Tahanan di Balai Polis Pengkalan Chepa mati kerana paru-paru berair – Bukit Aman


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker