Sakit perut 2 dekad, rupanya gunting tertinggal dalam perut

Sakit perut 2 dekad, rupanya gunting tertinggal dalam perut

Seorang wanita tidak menyangka sakit perut yang sering dialaminya sejak 20 tahun diakibatkan oleh sebilah gunting tertinggal di dalam perutnya.

Bachena Khatun, 55, mula sering mengalami sakit perut selepas menjalani pembedahan membuang batu karang di sebuah klinik Chuadanga, di Babgladesh pada 2002.

Beberapa hari selepas pembedahan itu, Khatun pergi ke semula klinik tersebut untuk memaklumkan mengenai sakit perut yang dialaminya.

Namun, doktor memaklumkan rasa sakit itu adalah normal dan menasihatkan wanita itu supaya tidak perlu risau mengenainya.

Diakibatkan oleh rasa sakit yang berterusan, Khatun berjumpa dengan doktor lain dan hasilnya sama, malah dia diberi ubat tahan sakit untuk meredakan keadaan.

Tahun demi tahun, wanita itu terpaksa menjual haiwan ternakannya dan sejumlah aset bagi mendapatkan rawatan untuk menghilangkan sakit perutnya.

Akhirnya, Khatun pergi ke hospital bagi menjalani imbasan sinar X dan doktor terkejut selepas mendapati terdapat sebilah gunting di dalam perut wanita itu, sekali gus mengetahui punca kesakitan yang dialaminya selama ini.

Pembedahan segera dilakukan dan gunting itu berjaya dibawa keluar dan kini, keadaan Khatun semakin pulih. Utusan

Sakit perut 2 dekad, rupanya gunting tertinggal dalam perut


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker