Makam Upin Ipin ditemui di Sulawesi Tengah?

Makam Upin Ipin ditemui di Sulawesi Tengah?

JAKARTA – Satu video di laman TikTok dari Indonesia mengejutkan netizen apabila ia memaparkan rakaman dua kubur kecil yang tertulis nama watak kartun terkenal Malaysia, Upin dan Ipin.

Menurut laporan Suara.com semalam, video yang dimuat naik di akaun TikTok @ABI_ALONK_3110 itu menunjukkan Upin Ipin meninggal dunia pada tahun 1995 dan 1996.



Seorang pengguna TikTok, @cryptoinvestorss menceritakan bahawa Upin dan Ipin adalah kejadian sebenar yang pernah berlaku di kampung halamannya.

“Jika mengikut kisah Upin dan Ipin di kampung saya di Palu,Sulawesi Tengah, mereka berdua bersama ibu bapanya meninggal dunia selepas terlibat kemalangan jalan raya.

“Hanya kakak mereka yang dikenali masyarakat sebagai Kak Ros yang terselamat. Kisah kartun kanak-kanak Upin Ipin mengambil inspirasi daripada kejadian ini,” jelasnya.

Namun begitu, penerangan pengguna itu disangkal oleh netizen yang beranggapan watak kartun Upin Ipin adalah rekaan semata-mata.



“Jangan terlalu mudah percaya, syarikat Les Copaque yang bertanggungjawab mereka Upin Ipin sudah menjelaskan karakter ini tiada kaitan antara hidup atau mati,” komen seorang pengguna lain. K Online

Makam Upin Ipin ditemui di Sulawesi Tengah?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Doktor beri amaran trend ‘ayam mengantuk’

Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja



Ismail Sabri tidak guna kroni masuk UM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker