‘Kes Covid -19 mungkin meningkat ketika Thaipusam, Tahun Baru Cina’

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberi amaran bahawa jumlah jangkitan kes Covid-19 berkemungkinan meningkat menjelang dua sambutan perayaan utama, iaitu Thaipusam esok, serta Tahun Baru Cina pada 1 dan 2 Februari depan.

Justeru, dia mengingatkan orang ramai supaya tidak mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) kawalan wabak itu, khususnya pemakaian pelitup muka, selain terus mengamalkan ujian saringan dan kuarantin yang sewajarnya.

“Menjelang sambutan Thaipusam dan Tahun Baharu Cina, jumlah kes harian mungkin meningkat.

“Jadi, sila kekalkan pematuhan SOP (khususnya pelitup muka), TRIIS, membuka MySejahtera Trace di kawasan orang ramai dan dapatkan dos penggalak,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy memaklumkan rakyat berjaya memastikan penularan Covid-19 kekal terkawal selepas dua sambutan besar sebelum ini, iaitu Krismas pada 25 Disember lalu dan Tahun Baru pada 1 Januari, meskipun negara dilanda ancaman Omicron.

Sepanjang tempoh itu, jumlah kes harian kekal stabil antara 2,600 hingga 3,700 kes, meskipun kadar kebolehjangkitan atau Rt-Naught Covid-19 meningkat kepada 1.0.

Sehubungan itu, kata Khairy berharap perkara itu dapat dikekalkan sepanjang sambutan Thaipusam dan Tahun Baru Cina.

“Kita sudah lakukan dengan baik dalam memastikan jangkitan Covid-19 kekal terkawal sepanjang Krismas dan Tahun Baru meskipun berdepan Omicron,” katanya.

‘Kes Covid -19 mungkin meningkat ketika Thaipusam, Tahun Baru Cina’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker