AirAsia mahu jadi penghantar makanan, e-panggilan terbesar
AirAsia Group menyasar untuk menjadi syarikat penghantaran makanan dan e-panggilan terbesar di Asia daripada hanya menawarkan penerbangan di rantau ini, susulan kejayaan pengambilalihan platform perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian tempatan, Delivereat, baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tan Sri Tony Fernandes berkata beliau yakin ‘airasia food’ dan Super App boleh menjadi antara syarikat penghantaran makanan dan e-panggilan serta agensi pelancongan dalam talian terbesar di Asia.
“Ketika (saya memulakan) AirAsia, saya sentiasa fikir kalau kami boleh menjadi syarikat penerbangan terbesar, dan kami berjaya melakukannya. Kami adalah syarikat penerbangan keempat terbesar di Asia…Kami bermula dengan hanya dua pesawat, 200,000 penumpang, dan kini kami mencatatkan 90 juta penumpang.
“Jadi saya duduk dan fikir, bolehkah kami menjadi syarikat penghantaran makanan dan syarikat e-panggilan terbesar? Hari ini, secara rasminya saya berkata bahawa kami boleh…saya berpandangan, kami akan melakukannya dan (mengatasi) pesaing sedia ada sebagaimana kami mengatasi syarikat penerbangan lain,” katanya pada sidang media di sini, pada Ahad.
Fernandes berkata beliau mahu mengembangkan perkhidmatan penuh aplikasi itu ke Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina dalam jangka pendek.
Terdahulu, beliau juga mengumumkan pelantikan Pengasas Delivereat, Tan Suan Sear sebagai Ketua Kumpulan airasia food di bawah AirAsia Super App serta Leong Shir Mein sebagai Ketua Perkhidmatan Atas Permintaan bagi cabang logistik AirAsia, Teleport.
Fernandes berkata AirAsia Group gembira atas perkongsian ini memandangkan ia menyokong strategi syarikat untuk terus memberi perkhidmatan kepada golongan yang kurang mendapat perkhidmatan dan menjadi syarikat penyampaian nilai terbaik di ASEAN.
Beliau turut mengatakan rasa kagum terhadap Delivereat, sebuah syarikat penghantaran tempatan yang mampu berdiri sendiri, mengekalkan kemampanan operasi syarikat dan menawarkan platform perniagaan dan pekerjaan kepada masyarakat.
Pada Ogos lepas, cabang logistik digital AirAsia, Teleport, menandatangani perjanjian untuk membeli 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Delivereat pada US$9.8 juta (US$1=RM4.17) bagi mengukuhkan perkhidmatan penghantarannya di negara ini.
– Bernama
AirAsia mahu jadi penghantar makanan, e-panggilan terbesar
Baca Artikel Menarik:
- Datuk remaja curi tabung masjid yang suruh lapor kepada polis
- Baby Shark catat 10 bilion tontonan
- Unboxing isteri: Amy mengaku salah tapi…..
- Puteri Balqis didoakan mati cepat
- Khairuddin digugur daripada AJK PAS setelah 2 bulan dilantik
- Annuar tak hadir mesyuarat, tapi beri kenyataan wakili MKT – Shahrir
- Pensyarah dipenjara selepas tukar gred peperiksaan dengan seks
- Biodata Artis Jasmine Suraya Chin. Profail dan Latar Belakang
- Banjir 31 Disember, kenapa Syed Saddiq turun 7 Januari? – Onn
- Abu Syafiq Dakwa Muhyiddin Yassin Tidak Divaksin Ketika Tunaikan Umrah
- Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.