Belasah remaja enggan sertai kongsi gelap, 2 lelaki didenda

MUAR: Dua lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membelasah seorang remaja kerana enggan menyertai satu kumpulan kongsi gelap, Khamis lalu.

Tertuduh, Tan Siau Fu, 28, dan Cheong Jian Wei, 18, masing-masing dikenakan dua dan satu pertuduhan, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Norfarah Syahidah Mohd Noh.

Siau Fu berhadapan pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan terhadap Low Fu Yuan, 17, yang memperuntukan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Bagi Seksyen 45 (1) Akta Pertubuhan 1946 pula, dia boleh dikenakan penjara sehingga empat tahun atau denda RM15,000 atau kedua-duanya manakala Jian Wei hanya didakwa mengikut Seskyen 323 kanun sama iaitu mendatangkan kecederaan terhadap mangsa sama.

Kedua-dua tertuduh didakwa memaksa mangsa menyertai kumpulan kongsi gelap ‘Ngok Sek Ki’ dengan semua kejadian berlaku di sebuah rumah ibadah di Jalan Bakri di sini, jam 6.30 petang, 12 Oktober lalu.

Bagaimanapun, mangsa enggan menuruti arahan tertuduh sebelum dibelasah.

Kejadian itu menyebabkan mangsa cedera dan lebam di badan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.



Selepas mengambil kira pengakuan kedua-dua tertuduh, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM4,000 terhadap Siau Fu bagi kedua-dua pertuduhan sementara denda RM2,800 untuk Jian Wei.

Mahkamah juga memerintahkan Siau Fu dan Jian Wei dipenjara lapan dan sembilan bulan jika gagal membayar denda dikenakan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Mohammad Zuwairi Md Noor manakala kedua-dua tertuduh diwakili Nor Hafizah Abdullah dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Korang punca, semua rahsia dalam poket aku” – Ramli MS



PU Abu cerai 2 isterinya

Janna Nick dan Izzue Islam dikritik perlekeh GV10



Sarimah tegur pengacara mana tu?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker